Sunday, December 30, 2007

Bangla pun Cuti Hari Ahad Tau....

Hari nie hari ahad... hari cuti.... hari orang bangun kul 11, 12 pagi. Tapi...aku kena kerja....warrrrghhh..

Punya la malas aku nak bangun.... merangkak atas katil sampai bawah katil... mengesot lak gie ambik towel nak mandi... Kenapa? Kenapa aku kena bangun awal pepagi ahad ni... Why, why, tell me why?

Aku tgk mamat sebelah aku, baik punya tarik selimut dia....Menci..! menci!!! Dia bukak mata sebelah masa aku nak masuk bilik air, "Ishhh..ishhh syiok tul tido hari ahad ni! Cicak nak gie keje?".... amboi kasaq nampak!..

Walaupun aku tau aku lambat...(kena kumpul kat gudang kul 9pm)...aku masih sempat buat sandwic tuna untuk aku ngan laki aku.... bini mithali la katakan...

Fuh.... mencabar kerja aku kat gudang buku hari ni. Ada scene panjat memanjat, guling berguling, rangkak merangkak. Muka dari warna kuning cair tukar jadi coklat. Kalau aku tau, tak yah nak pakai bedak compact. Jimat skit. Store tu mmg berabuk giler ko!!!

Akhirnya dgn jayanya aku dapat kira semua stock iventory buku-buku department aku n tulun kira jugak untuk kawan-kawan lain.... tapi its an experience. Belum pernah aku panjat rack buku yang tinggi dekat 10 meter. Maklum la aku nie jenis gayat. Bak cete fear factor tu....

So lesson yang aku peroleh hari nie. Bangla dan Mymmarpun cuti hari Ahad tapi aku kena kerja.... so nasib aku lagi teruk la dari diorang laaaa...? Ahakks!

Wednesday, December 26, 2007

Munajat Cinta

malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah
hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus
tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya
mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus

The Rock ft Ahmad Dhani

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Aidil Adha





Raya Haji umah mentua..... tapi sbbkan bapa mentua aku nak tolong korban kat Melawati, depa balik Seremban petang raya haji.. Yippie! Dapat aku lepak raya kat umah kak ngah aku yang tengah dalam pantang n raya dengan mak abah aku kat situ n anak-anak sedara aku yang sentiasa comel, yang selalu buat aku tak dapat tido selesa bila aku tak tengok diorg dalam tempoh 2 minggu, yang buat hubby aku terkekek gelak bila main ngan diorg. I Luv U all, very much!

Friday, December 14, 2007

Berarak Mendung Kelabu....

:), aku dah baik ngan mamat tu. 2 hari perang dingin, hari ke-3 aku dah tak tahan.... uiik..jgn nak fikir lain... Mulut aku yang tak tahan nak bercakap. Aku cakap la, tapi terhad pada mende yg penting. Muka dia mcm tak puas hati. Petang Jumaat (hari ni la), aku nak pie jumpa anak-anak sedara aku, diapun nak ikut gak. (Suka! Suka!.. sebab aku tak yah drive). Bila dah lepak ngan anak-anak buah aku, automatic mulut aku rancak jea borak ngan dia... mcm takde ape2, rasa geram n sakit hati terus ilang bila aku ngan dia main ngan anak-anak sedara aku.

P/S: Sebab tu la orang kata anak tu penyejuk rumah tangga. :). Harap Allah bagi aku n Masyri baby awal tahun depan. AMEEN!

Wednesday, December 12, 2007

Hati Terluka ......

Marah....! mmg aku marah. Kenapa? Sebab malam tadi si mamat nie sibuk tgk bola, aku minta masa kejap jea untuk tgk buku yg aku tgh tulis. Dia mcm endah tak endah! Aku cengeng? Kuat merajuk? Manja? Ada la skit2....

Entah la! Naper aku marah?! Naik angin pasal hal kecil... kecil ker? Entah la, rasa macam tak supportive langsung! Kalau hal dia, aku tadah la telinga sampai cair taik telinga. Mende yg aku tak brapa nak faham pun, aku angguk gak, buat muka serius jea, even kepala otak tgh ligat dok fikir "nak pakai baju apa esok?"..tak pun "Esok masak menu apa?" atau pun " Ujung minggu ni sale kat mana?".....

Hati ku terluka.... dipersia....oleh si dia.... (Uweeeksss!). Hari nie aku mogok. No sms, no email, no phone call, no food, no 'yang', no 'baby', no..no..no..!!

Tuesday, December 11, 2007

Mai Pekena Nasik Kandaq, Pasemboq, Mee Udang, Chaw Kuey Thiew, Sotong Bakaq kat Penang!!







Seperti yang aku janjikan, sempena birthday hubby, aku akan bawak dia pie Penang. So the holiday is on me, :). Aku angkut my good frens sekali Olie, Coot n Sri. We enjoice our times there!

Tuesday, December 4, 2007

Happy Birthday Hubby!



HAPPY
BIRTHDAY to my beloved one!!!


Semoga panjang umur, sihat sejantera, diberkati tuhan sentiasa, murah rezeki, bahagian rumah tangga, dikurniakan anak banyak-banyak. AMEEN!!

You are King of my Heart!!!.... (Karat, karat!)