Wednesday, October 10, 2007

Kisah Angkasawan dan Syaitan Pembunuh Nurin

Malam semalam, sambil kemas dapur, sambil dengar Buletin TV3. Di sebalik ke'gah'an cerita angkasawan M'sia (Dr. SMS - lelaki idaman Malaya) yang buatkan ludang hidung aku luas sebab rasa bangga yang teramat sangat - syabas kepada semua terutama Mahadhir yang initiate the idea ni, hati aku terus jatuh merudum. Kenapa? Sebab dengar kisah Nurin lagi. Minah Indon yang ditangkap dulu dilepaskan sebab tak cukup bukti untuk tahan dia. Jadi, lepas nie macamana? 4 orang yang ditangkap reman dulupun adalah hasil maklumat daripada handphone bapa Nurin, bukan daripada maklumat orang ramai. Sama la jugak dgn penangkapan minah Indon nie, ditrace daripada sistem talefon, bukan atas maklumat orang ramai. Aku heran betul, tak mungkin takde sorangpun rakyat Malaysia yang berjuta-juta (belum campur lagi ngan Mymmar, Bangla, Indon) yang nampak orang bawa Nurin. Hatta untuk si setan tu bawa Nurin untuk ditempatkan di sesebuah rumah/bilik/kawasan mesti perlu melalui orang ramai yang lalu lalang. Sama jugalah dengan beg yang diletakkan di tepi tangga tu. Lagi la pula dekat ngan kaki lima orang lalu lalang, takan takde seorangpun yang melihat orang yang bawa beg tu? Kenapa ya? Sebab rakyat Malaysia 'tak suka ambil tahu hal orang'? Atau takut tak bersebab? Atau sebab tak mahu go through hassel turun naik mahkamah sebagai saksi? Tampillah siapa yang melihat si laknat tu. Berilah maklumat kepada pihak polis. Bayangkan la kalau ini terjadi dekat keluarga sendiri, nauzubillah! Selagi si setan tu berkeliaran, selagi tu la anak-anak kecil berada dalam ancaman.

Ya Allah, tuhan seluruh alam, tuhan yang maha mendengar, kau gerakkanlah hati manusia yang telah melihat si laknat itu supaya tampil untuk melaporkan kepada pihak polis. Berilah petunjuk kepada pihak berkuasa agar tertangkap manusia berhati syaitan itu. AMIN.



Jangan pula kes Nurin nie menerima nasib yang sama dengan kisah perogol di Kampung Baru, yang hingga kini tidak dapat dikesan dan kes tu dah jadi suam-suam kuku!

Tuesday, October 9, 2007

Waaaaaaaaaaaa...huhuhu

Telefon tailor yang jahit baju... sikit punya berkobar-kobar...(cam lagu Vince ngan Yassin.."berkobar-kobar")....TAPI.... tak siap!!! Abih tu nak pakai apa raya nie?? Baju tahun lepas la....tapi yang tahun lepas tu yang tahun-tahun lepas punya! Pastu apa option aku ada, blasah jeans jea la....arrrhhhhgggg!!!

Dah la balik kg mentua, sah-sah memang gonjeng punya menantu pakai jeans reraya nie gie visit relatives...nasib mak mentua den releks yo....

Semalam, laki bagi duit raya depan idung.... tapi jual mahal konon....tak nak ambik. Kalau ambik semalam, sure ari nie boleh beli baju ready made.....



Hati Kecil Nana

Rasa dah makin free skit. Freelance jobpun dah byk yg siap... so bleh la start menulis...jeng..jeng...

Hari semakin gelap. Angin diluar bertiup semakin kuat. Langsir di pintu gelonsor depan terbang tinggi macam kain pengikat di belakang baju Superman. Cikgu Maria dan Cikgu Hana sibuk mengutip kain di ampaian. Ada juga dua, tiga helai baju kurung orang dewasa. Mungkin milik Cikgu Maria ataupun Cikgu Hana. Cikgu Maria menjerit tiba-tiba, entah mengapa. Oooohhh.... kain baju kurungnya tersingkap sedikit ke atas ditiup angin. Cikgu Hana berderai ketawa melihat telatah Cikgu Maria yang kelam-kabut memegang kain lalu diselit di antara kedua-dua belah kakinya. Titis-titis halus hujan mulai kelihatan di lantai simen di bahagian laman yang tidak berbumbung. Mula-mula sedikit dan akhirnya membasahi keseluruhan permukaan simen laman. Cikgu Hana dan Cikgu Maria tidak tunggu lagi. Sebaik merasakan titis hujan mengenai muka, mereka terus berlari angkat kaki ke dalam rumah.

Braaakkkkkk!

Langit mula memuntahkan isinya.

Di gigi pintu, kelihatan seorang budak perempuan kecil tengah duduk menelenggu. Seakan sedang menantikan sesuatu. Air mukanya bercampur baur antara sedih, gundah dan seakan geram. Kadang kala dia bangun menjenguk keluar tanpa mempedulikan tempias hujan yang terpercik ke lengan dan sebahagian bajunya. Cikgu Maria menghampiri gadis kecil itu, memujuk untuk membawanya masuk ke dalam rumah. “Nana, duduk di dalam ya. Hujan di luar tu. Nanti basah kena hujan. Nanti esok Nana demam.” pujuk Sang Cikgu. Si kecil tidak berkata apa-apa. Senyap tetapi telinga mendengar apa yang dikatakan cikgunya. Akur? Belum tentu. “Nanti kejap lagi Mama sampai la. Jalan jam ni sebab tu Mama lambat.” Cikgu Maria tidak putus asa.

Nana tidak peduli akan pujukan Cikgu Maria. Badannya dikeraskan tak kala Cikgu Maria menarik tangannya. Langsung tidak mahu berganjak. Puas berkali-kali dipujuk Cikgu Maria, tapi tidak diendahkannya. Nampaknya cubaan Cikgu Maria tidak berjaya. Dia tiada pilihan lain selain menggunakan senjata yang satu ini. Mengugut. “Nanti kalau Nana tak mahu masuk, baju Nana habis basah. Nanti bila Mama sampai, Mama mesti marah. Nanti Mama tak mahu bawa Nana balik ke rumah. Nanti Nana kena tinggal dengan cikgu di sini. Nana mahu tinggal dengan cikgu di sini?” ujur Cikgu Maria, sedikit menggertak. Nana tunduk menekun lantai, dia kemudian mendongak ke atas memandang Cikgu Maria dengan pandangan polos. Mukanya masam. Bibirnya sedikit dimuncungkan.

Cikgu Maria terus memujuk, “kita masuk ke dalam ya?”. Lambat-lambat Nana mengangguk. Antara rela dan paksa.


Amacam? Bleh jual tak story budak kecik nie?

Ramadhan 2007 - Seribu Rahmat Dari Allah

Ramadhan datang lagi. Syukur kepada Allah yang masih memanjangkan umur aku dan orang-orang yang aku sayangi supaya dapat meraikan keberkatan bulan ini bersama. Tapi Ramadhan 2007 adalah kemenangan besar buatku, aku mula membentuk diri sebagai seorang muslimah. Imej dan penampilan telah bertukar, maka blog lama perlu ditutup kerana aku adalah Dila, Ila, Adik, Kodik, Asma yang baru!

Terima kasih TUHAN kerana telah membuka dan melembutkan hati ini! Waktu yang cukup aku tunggu dan juga cukup aku kuathiri akhirnya dapat aku lalui dengan rela dan syukur. Aku telah bertudung!!!!