Sunday, September 20, 2009

Duit Raya...

Ramadan berlalu, Syawal pun tiba. Bulan puasa yang sangat sibuk buat hubby aku. Hanya minggu pertama puasa buka bersama, yang seterusnya kami berbuka bersama teman-teman bisnes masing-masing. Siapa teman bisnes aku? Biasa la, kawan-kawan opis, kawan-kawan merambu dan mcm2 jenis kawan la, so my bisnes's freind la kira. Boleh la.

Raya tahun ni, aku tak berkesempatan keluar beli-belah bersama, hanya minggu pertama dia bawa aku beli handphone dan sepasang selipar Adidas. Aku tak kisah... wakaupun ada kalanya aku merungut juga, mungkin kerana mahu manja2. Tapi aku faham, suami aku seorang yang sangat sibuk. Dia seorang yang berjiwa besar, bercita-cita tinggi dan amat komited dalam pekerjaannya. Dia selalu kata, "Yang, I akan hijack company tu nanti." Aku hanya gelak besar. :D Dia deserve apa yang dia ada hari ni.

2nd last day puasa, hubby aku masih terpaksa keluar. Dengan bos-bos dia pula. Balik, dia tayang kat aku. "Yang, tgk jam I. I beli Breitling..." GULP!~ Dalam hati, "Breitling? Biar benar...".... ada rasa kecil hati sikit... ntah kenapa.... bkn kerana jam mahal yang dia pakai... tapi mungkin sbb dia takda masa keluar dgn aku tapi ada masa teman bos2 dia, sampai tumpang beli Breitling... saja mau sakitkan hatinya, "Breitling? Brand apa tu? I tak tau brand-brand jam ni." Jahat!

Hari ni raya, aku tgk duit raya yang dia sediakan. Utk mak & ayah mertua aku, mak& bapa aku, utk anak-anak buahnya, dan untuk ntah siapa-siapa lagi.... as every year la kan. Masa salam dengan hubby, dia cium dahi aku. Sebelum aku bangun, dia tarik tangan aku. "Ini untuk sayang..." Oh... terharu. "Utk I?" wraggghhh... sampul yang agak tebal!

Seperti biasa, aku selalu ingat hubby aku lupa pasal aku... tapi sebenarnya tidak. Dia akan berikan yang terbaik... tapi pada saat akhir. " :)

Wednesday, September 9, 2009

Aku Cuba Tidak Bercerita, Tapi... Peduli la kan...

Ini blog aku. Aku boleh cakap apa yang aku mahu, luah apa yang aku rasa.

Well... today... I felt insulted... somebody makes me feel mcm aku ni ada kutu, 2nd class citizen, dan macam-macam lagi.

Aku pendekkan cerita yang berjela la kan... ini hanyalah kiasan... kalau terkena batang hidung sendiri... nasib la kan.

Ada org buat kenduri, dia jemput hampir semua orang yang dia kenal, walaupun org tu jauh di hujung sana. Aku yang dia nampak hari-hari ni dia tak jemput. Fine! Tup-tup... I heard few of guess tak dapat hadir. Well nanti kenduri tidak meriah, mungkin makanan juga akan membazir. About an hour before kenduri berlangsung... aku dijemput.

Kalau korang, korang rasa terhina tak? Rasa macam org jemput korang makan sisa tak? Rasa mcm pemain simpanan tak?

So itu yang aku rasa sekarang.

Okey la, case closed! But the scar will always remains...

Monday, August 31, 2009

Hadiah untuk Mama & Abah...

Raya kali ni aku asyik fikir apa yang aku nak beli untuk parent aku.
Kain? Baju? Tudung? Seluar? T-shirt? Kemaja? Hand beg?
Entah la... semalam buku puasa di rumah parent aku, kakak sulung aku keluarkan hand beg dari beg baju dia.
"Ini untuk ma..."
So nampaknya hand beg cancel.

Mcmana dengan kasut?
2 minggu lps aku lpk rumah parent aku, mak aku keluarkan 2 pasang kasut. "Ini Ana belikan utk mama."
So kasut juga cancel.
Beli kasut untuk abah? Abah aku sempoi, tak suka pakai kasut, dia pakai sandal kulit saja. (Sandal kulit yang aku beli 5 tahun lps masih dipakainya bila berjalan-jalan)

Nak beli apa ni? Kain baju kurung untuk mama aku dah beli 2 pasang before puasa. Seluar jalan-jalan aku dah beli untuk abah aku awal tahun ni. Aku rasa, ada lagi seluar yang abah aku tak pergi potong kakinya. Masih ada yang belum dia pakai.

Beli T-shirt untuk abah? Ishh klise betul. T-shirt tu hadiah yang menantu-menantu dia suka belikan. Baju melayu pun sama jugalah.

Kalau boleh, aku nak beli benda yang sama untuk mak bapak aku. Kalau boleh a pair... so nak beli apa nih!? Fikir, fikir dan aku terus fikir... atlast aku dah tahu apa yang aku nak beli untuk parent aku... perkara yang mereka akan pakai selalu dan dekat dengan diri mereka... lagipun apa yang diorg ada pun sudah buruk.

Aku belikan ini. Semoga mama & abah aku gembira menerimanya. Hadiah ini merangkap hadiah raya, birthday, dan hadiah tanda sayang aku buat mereka.

Wednesday, August 26, 2009

Mohon Maaf Setiap Kesalahan Saya

Salam,

Saya dengan rendah hati ingin memohon kemaafan buat sesiapa yang membaca blog saya dan seterusnya membuatkan mereka tersinggung.

Saya mohon maaf atas individu yang saya maksudkan dalam mana-mana post saya sekiranya anda membacanya.

Saya mohon maaf atas kekasaran saya berbahasa di dalam blog ini apabila saya marah. Ada kalanya emo saya boleh tahan juga (tlg jgn kaitkan dengan jantina ya :P)

Saya mohon kepada Allah agar memaafkan dosa saya, menjernihkan hati saya dari perangai buruk yang ada, melembutkan hati mereka yang bermusuh dengan saya dan memurnikan niat mrk.

Saya mohon keberkatan yang berpanjangan buat saya dan keluarga dan orang-orang di sekeliling saya.

"Ya Allah, jauhilah kami dari fitnah-fitnah dan niat jahat manusia dan tipu daya serta hasutan syaitan. Ameen!"

Sunday, August 23, 2009

Ole-ole Dari Sabah

Laki aku ke Sabah, meeting.

Sebelum pergi aku sudah pesan, "Yang, jgn beli any pearl kat I. I tak pakai. Jangan beli gelang, rantai, cincin. Cuma beli M&M paket terbesar yang ada kat Duty Free KLIA."

Masa dia telefon pun, aku pesan lagi.

Bila dia balik, masa keluarkan baju kotor. Dia bagi plastik beg kat aku.
"Coklat?" aku tanya.
"Tak, brooch." dia jawab.
Aku bukak. Ada 2. Hehehe.... sgt besar okey. Aku mmg tak pernah pakai brooch yang besar-besar. Selalunya brooch aku sebesar kuku aja. Favourite brooch aku adalah plastik kartun-kartun... (aku masih belum membesar utk benda-benda begini).
"Cantik." ujar aku pendek (tapi mmg cantik pun).
"Suka?" dia tanya.
"Suka. Terima kasih." kata aku.
"Esok boleh la pakai pergi kerja." dia sarankan.
GULB!
"Pergi kerja? Oh tak boleh, ini pakai masa kenduri kawin saja." aku cakap.
"Okey." kata dia.

Aku suka brooch tu, sgt suka sbb sangat cantik. Tapi seumur hidup aku tak pernah terpengaruh dengan brooch ala-ala datin ni. :P Jadi, aku akan simpan brooch ni utk event khas... dan, mungkin brooch ini boleh bertahan sampai umur aku 50 tahun (kalau hidup lagi) sbb aku akan jarang memakainya. Benda-benda begini selalunya aku akan simpan dalam laci side table. Sebelum tido, aku mmg suka selongkar laci tu dan keluarkan segala khazanah aku. Kemudian aku belek-belek dan simpan balik. Kira mcm harta karun la...

Lps tgk brooch, aku tuntut apa yang aku kirim.
"Mana M&M I?"
"I dah beli, tapi masa singgah rumah mak tadi, Safinaz ada (anak saudara laki aku). Dia pandang I, I macam tak ada apa nak bagi dia... so I bagi la M&M tu."
HUARRRRRRRGHHH
"Besar mana U beli?"
"Besar, besar sgt." tanya laki aku sambil sibuk menunjukkan saiznya.
"Waaaaaarghhhhh... Nak balik M&M tu...nak balik!"
"Nah...nah... I ganti dgn yang ni..." Dia buka satu plastik yang ada coklat lain, TAPI tetap tak sama dgn M&M!


Wednesday, August 19, 2009

Aku, Dia dan Jamal

Aku cari buku tadi... tapi aku jumpa ni.


Tiket konsert Kembara Seniman Jamal. Aku senyum sorang-sorang. Hubby aku mmg seorg yang sangat sibuk. Kalau dia sampai depan pintu pukul 9 mlm, mulut aku boleh ternganga sekejab, :P. Boleh kata tiap2 hari dia balik lambat. Tapi aku sikit pun tak kisah tapi ada kalanya aku merungut jugak. Biasa la pompuankan, merungut tu sudah jadi tabiat.

Berbalik pada konsert Jamal ni. Masa 1st years marriage, laki aku dah beli tiket konsert Jamal, tapi tiba-tiba bapak mertua aku aksiden. So kami tak pergi...

Tup..tup..tup.. Jamal buat konsert balik tahun ni tapi pada ketika laki aku sibuk gaban. Boleh kata hampir tiap malam laki aku sampai umah pukul 11.30 mlm dan ke atas. So aku mmg tak buka mulut pun walaupun dalam hati "emmm.... mamat ni tak nak ajak bini dia pi situ ka?". Aku bkn la minat gila pun kat mamat Jamal ni, cuma aku nak spend time dgn dia. Terus terang, aku nak perhatian dia. Tapi knowing aku yang ego agak melangit... aku tak akan buka mulut dulu dan minta-minta.

Tiba-tiba tengah hari dia kol... "Yang, mlm ni kita gi tgk konsert ya... I'm on the way gi ambik tiket..." Aku senyum... senyum lebar. Walaupun sempat juga buat cubaan jual mahal... "Oh...tapi I ada appointment mlm ni dgn illustrator. Nanti I check dulu."

Aku senyum bila ingatkan konsert ni sbb:
1. Hati aku suka nak cakap, "Sibuk tul laki aku ni... rasa mcm ter-neglect la."
2. Otak aku pula fikir, "Apa trick nak tarik perhatian dia ni... tapi dalam masa yg sama tak bleh nampak desperado."
3. Tapi tiap kali kepala otak dan hati aku dok reka idea-idea songsang, mesti laki aku dah take action dulu. Mungkin dia ni salah seorang anak murid Prof. Xavier, mutant X-Men yang boleh baca fikiran aku.

Conclusionnya, selain parents dan family aku, laki aku adalah perkara terbaik yang Allah berikan pada aku. Allah hantar dia tergolek-golek pada aku tanpa aku perlu susah payah melakukan sesuatu.

Ya Allah, terima kasih atas jodoh ini. Aku mahu menjadi isterinya hingga di akhirat kelak. Aku mohon Kau ambil diriku ini sebelum dirinya kerana aku tidak boleh hidup tanpanya. Amin!

Tuesday, July 14, 2009

Aku ni siapa?

Aku konpius.

Perletakan jawatan aku org dah terima. Orang pun dah tak treat aku as ketua. Subordinat aku letak tittle lain pun dalam buku. Cuma gaji aku ja yang belum depa usik.
TAPIIIIII.... yang aku heran, kenapa kerja aku dah kalah manager sekarang ni? Kalau macam tu afsal tak bagi aku jadi manager ja.

Apa yang ada kat aku ni, setaraf dengan budak yang baru abih belajar ka?

Aku rasa tak dihargai, diperguna, dimanipulasi.

"Ya Allah, kau bukakanlah pintu rezeki aku sekeluarga seluasnya. Moga XXXX panggil aku kerja dgn depa. Amin!"

Saturday, July 11, 2009

Aku telah bunuh 1, Tinggal lagi 2!

"Nyah kau dari aku. Aku sudah tak perlukan kau lagi. Pergi balik kat taukeh Cina kau tu...."

Dah 10 tahun aku simpan dia, akhirnya aku gunting dan tamatkan riwayatnya. Dan aku serahkan pada tuannya kembali.

"So yang color gold & color biru tu... beware, aku caras kau berdua satu persatu tak lama lagi!"

"Public Bank, ambiklah balik kad ini. Sudah aku langsaikan semua hutang aku ya!"

Wednesday, July 8, 2009

Penat jerih aku...


Cantik tak cover buku ini? Ini penat jerih aku, penat jerih kawan desinger aku.

Ada kalanya orang fikir cover yang cantik akan terhasil begitu sahaja. Macam, "Nak cover cantik satu!" semudah itu? atau "tolong buatkan saya cover ini. Ceritanya pasal ini. Saya nak yang girlish dan guna vektor. Saya nak minggu depan..." Full stop. Macam itu saja.

Aku lahirkan setiap idea untuk cover aku sepenuh hati. Aku cari designer yang terbaik. Aku cari konsep terbaik. Aku buat research dari kedai buku, sampai kedai baju. Aku mahu yang tercantik! Kerana apa? Kerana ia adalah pride aku! Aku tak pernah buat kerja cincai. Aku peduli apa itu buku yang aku tulis atau buku yang orang lain tulis. Janji buku itu dipertanggungjawab pada aku. Aku buat sehabis baik.

Aku tak pernah hadap dengan pujian. Aku tau ramai yang akui cover ini cantik... tapi tak hingin nak mengaku. Kalau part nak menghentam memang nombor satu. Tapi, ada aku peduli?

Aku pernah buat cover yang lain dari yang sedia ada, jangan org nak puji, orang siap pesan kat aku, "lain kali, kalau boleh jangan buat cover begitu lagi. Buat yang biasa orang buat.." tup..tup.. 3 bulan buku tu reprint, TANPA SEBARANG PROMOSI!

Hidup la di luar kotak. Kalau tak mahu? Biarkan orang lain hidup diluar kotak. Jangan nak tunjuk pandai kalau dah tak pandai.

Buat designer aku... banyakaler, peduli apa orang nak kata. Yang penting your art work speak louder than theirs word!


Monday, July 6, 2009

Bukit Tinggi, Aku Lontarkan Kesedihanku Di Sini

AHAD - 5 Julai

Di meja makan:
"Yang, hari ni kita pergi Jakel kan?" (Jakel-yang sering disebut-sebut oleh mentua, ibu, kakak, kebanyakan pompuan lah)
"Nak beli apa?"
"Baju raya untuk mama"

Di jalan masjid India:
"Yang mana ni?"
"Entah la yang, I pun tak pernah sampai Jakel ni. Dengar orang cakap ja. Macam gah!"

Di Jakel-ground floor:
"Boleh saya bantu? Encik cari baju kawin?"
"Ishhh... aku dah 4 tahun kawin tau..."
"Keh3, biar saya dan suami pusing-pusing dulu ya."

Di Jakel-1st Floor:
"Nak beli kain tak?"
"Nak beli ka...? Nanti kalau perut besar macamana."
"Tak pa... beli la dulu. Lps bulan ni, buat la... buat baju besar2 sikit."
"Baiklah."

Di Maju Juntion:

"Yang, kita minum dulu. Kita tgk concert MJ kat Bucharest ni.."
"Oke. I pergi toilet dulu."

Dalam kereta:
"Yang...."
"Apa...?"
"Sudah turun tanda... bukan rezeki kita..." sob.. sob.. sob
"Sabar la sayang.... Tuhan belum izinkan lagi..." muka sedeh.
Sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob.. sob... sob... sob....
Sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob.. sob... sob... sob....
Dunia rasa kelam seketika....

Di atas bukit:
"Kita kat mana?"
"Kita tenangkan hati di sini, ya"
"mmmm...."
"Kita usaha lagi... Pasti ada jalannya nanti."
...sob...sob...sob...sob...sob...sob...




Duhai air yang mengalir, kau bawalah jauh kesedihan ini....

Bermunajatlah.....

Sudah hampir 4 tahun aku menunggu....
10 Jun, aku cuba untuk kali yang kedua....
4 Julai, sudah 5 hari aku lewat....
5 Julai, tanda yang memang aku tidak pernah tunggu, datang juga....

Ya Allah...
Aku pasrah atas kehendakmu...
Aku terima apa yang telah termaktub untukku...
Aku redha setiap cubaan yang Kau turunkan buat aku...
Aku bermunajat kepada Mu, Ya Tuhanku...

Maafkanlah setiap dosaku dan suamiku....
Kau dengarlah rintihanku...
Kasihanilah diriku....
Ampunilah aku, Ya Tuhanku....

Hak memberi itu adalah hak mutlak mu, Ya Tuhanku.
Aku mohon berikanlah peluang untuk aku bergelar ibu.

"Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat). Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

AMIN, Ya Rabulalamin!
-Surah Al-Anbiya, ayat 89.

Tuesday, June 2, 2009

Anniversary: Bahagian 3

Tak sangka, walaupun anniversary dah basi, tapi laki aku masih nak belikan hadiah.

Jadi aku cakap nak kasut, nak kasut Adidas bellarina yang nampak kat Pavillion, so aku pi la sana. Sanggup redah minah dan mamat underground, gothic, skin head n tah apa2 lagi yang suka lpk kat luar bangunan tu. Sede.... sudah takda... sudah habis dijual... apa saiz pun dah takda, bayang pun tak nampak. Kata depa (sales person kat situ), diorg ni jual barang bermusim (pulak?)... aku tanya bila kuar lagi... depa kata mungkin tahun depan atau tak kuar dah.... warrrrghhhh...

Aku usaha lagi, merata kedai Adidas aku pusing... berminggu-minggu, tapi akhirnya aku pasrah... aku tau mmg takda harapan nak jumpa kat M'sia dah kasut tu...

Ah! Hilang mood... bengang tul! Penat ja kaki aku gi sana sini... so at last laki aku cakap... "Ala yang Adidas jea... sok2 tah kuar yg lain... jom la pi kedai kasut yg lagi best..."

Yang lagi best? Such what? Okey laaa... mud pun dah tarak.. aku ikut ja... apa2 ja la...

Tup..tup...tup, masuk kedai ni... jumpa kasut ni... macam best. Laki aku cakap... "aaaa.... ni lawa, mesti comel kalau you pakai, boleh pakai dgn mcm2 baju, boleh pakai jalan-jalan tiap2 hari, tak sakit kaki... bla...bla... bla..." Sales person itu tak perlu keluarkan sebarang air liur untuk promosi kasut tu pada aku, dia cuma senyum ja.

Dan akhirnya, kasut di gambar pompuan di bawah, ada di kaki ku.... Terima kasih hubby!

Banyak-banyak kasut, model tu pilih pakai kasut aku untuk buat iklan... fuh ada sikit kembang lubang idung.. :P

Monday, May 25, 2009

Anniversary: Bahagian 1

Aku dah naik tepu berada di KL... dengan suara syahdu laki aku cakap, "Yang, nak pie Cameron tak?" apa lagi..... yabedabedu laaaa...

Sampai sana sejuk sbb hujan.... wah cuaca yg baik untuk aku & laki.. warghhh! Hampeh! ....abih tu tarak anak buat aktiviti apa lagi... makan-makan la... (Cheh! Ni ada yang dok fikir menda lain ni.)

So aku singgah di restoran favourite aku... T CAFE. Aku memang suka gila tempat ni. Tempat aku lepak masa 1st honeymoon. So korang kalo gi Cameron singgah la sana. Desert dia mmg boleh beli jiwa. Aku sajikan menu dia k...

Ini menu dia.


Ini Mango Lassi yang boleh beli jiwa.


Ini menu yang aku sudah try hampir semua.


View dari tingkap T-Cafe



Entrance masuk ke T-Cafe

** Lokasinya di: Tingkap 1, sebelum Marry Brown.

Wednesday, May 13, 2009

Andrea Hirata VS Roxana

Aku terpanggil untuk menulis tentang ini apabila aku bersembang menerusi email dengan seorang pembaca karya-karya Andrea yang tinggal di Singapura. Dia adalah warga Indonesia yang bermastautin di Singapura. Sebenarnya dia bertanyakan tentang buku Maryamah Karpov di Malaysia, jika ada. Aku katakan versi bahasa Melayunya masih belum ada di pasaran Malaysia. Yang ada hanya Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, dan Edensor.

Kemudian dia bercerita sedikit tentang gossip Andrea yang hangat di Singapura. Tentang seorang wanita yang bernama Roxana yang mendakwa dia pernah berkahwin dengan Andrea Hirata 8 tahun lalu. Tentang Andrea yang mengaku masih bujang dan sebagainya.

Bila sudah menjadi celebriti, inilah pengorbanan yang terbesar yang terpaksa dilalui tanpa rela. Hal-hal peribadi dibawa bersama polulariti(sama ada negatif atau Positif). Aku sendiri menggilai karya-karya Andrea, dan terus terang masalah peribadinya tidak menggugat minat aku terhadap karyanya. Cuma perasaan ingin tahu aku membuak2 (aku percaya bukan hanya aku) apabila mengetahui Andrea ini pernah berkahwin suatu ketika dulu.

Ini adalah gambar Roxana yang mendakwa dia pernah menjadi (atau masih?) bini Andrea. (Dan di sebelahnya itu Andrea bagi mereka yang tidak tahu)



Wanita ini mendakwa di sekelas dengan Andrea ketika zaman kanak-kanak mereka. Ini pula adalah surat nikah yang ditunjukkan oleh Roxana.




Tapi walau apa pun... aku percaya fannya Si Andrae tetap tidak berganjak dari meminati Andrea. Mereka memang sudah obses dengan Andrea (tapi aku bukan fan yg obses, obses aku hanya pada laki aku saja :P)

Apa2 pun... kalau sudah tiada jodoh mmg tak akan kemana-mana.

Komen peribadi aku, dengan populari Andrea sekarang, pastinya dia dilihat tidak setanding dgn wanita yang kelihatan sangat 'plain' itu. Itu tidak lagi dikira dgn perkara yang bersifat material yang lain.(Aku sekadar memberi komen sebagai seorang perempuan yang sentiasa mahu dilihat cantik di mata suami...)

boleh baca lebih lanjut di detikhot.com




Monday, May 11, 2009

Anniversary: Bahagian 2

Tahun ini anniversary kawin aku agak sedeh. Aku di sana, laki aku di sini. Malam anniversary aku dok kat spital jaga mak aku. Laki aku kerja sampai tgh malam. Lps keja dia gi makan kat kedai mamak sorang2. Aku memang nangis... mcm kesiannya kat laki aku.

Tapi itu semua cobaan dan kami redha. Lagipun aku dah pi celebrate awai2 kat Cameron hari tu so nak kata apa lagikan. Syukur ja la sbb boleh pie jalan-jalan dengan laki aku... honeymoon tiap-tiap bulan. So nak apa lagi kan? Syukur la sebab ada bantal guling yang boleh peluk tiap malam...

Singgah Buang Sawang....

Lama aku tak update blog ni. Aku sibuk... dgn macam2 hal. Kerja, event, suami, menulis, dan parents.

Alhamdulillah, ibu aku dah beransur sihat. Ini adalah perkara yang paling menggembirakan aku, walaupun aku baru dapat beli jeans MNG & blaus esprit yang baru... tapi perasaan aku tak segembira apabila ibu aku telefon dan bagitau dia sudah boleh sembahyang berdiri, dia sudah ada selera makan, dia sudah boleh duduk mengaji. Apa yang boleh menggantikan ibuku? Tiada!

Bulan ni byk barang yang aku belikan untuk ibu aku tapi yang musykilnya duit aku masih berbaki, aku masih boleh shopping kain baju. Aku pelik betul! Aku beli kerusi roda untuk ibu aku, beli katil, beli tilam, beli comforter, beli divan, beli alat check BP... tapi aku masih boleh shopping dgn senang hati. Tak rasa duit luak...

Mungkin itulah namanya berkat, sbb aku tak fikir 2 kali masa aku beli semua barang tu.

Jadi kat sini aku nak ucapkan, "Selamat hari ibu buat mama & selamat hari jadi buat abah!" Terima kasih atas kasih sayang sepanjang hayat!

Adik sayang mama & abah!

Wednesday, March 11, 2009

Aku Tetap Aku Walau Sapa Pun Suami Ku

Aku pernah dgr cerita. Cerita seorang wanita. Tentang suaminya yang berada. Tapi dia tiada apa-apa. Banyak benar yg aku dengar hingga kini aku hampir lupa.

Tapi ada satu perkara. Yang tersemat dalam kepala. Hingga hari ini aku tak boleh lupa. Teman aku bercerita, "Kau nak tahu apa perempuan kekwat tu kata? Katanya, I kan wife direktur. Nanti I kenalah teman hubby I pergi funtion selalu." Aku gelak sampai ketaq kepala. Dunia.. dunia!

Bila aku ingat aku senyum sampai telinga. Aku kini pun bini seorang direktur. Tapi aku tak rasa apa-apa. Aku tetap macam biasa. Iyalah, yang jadi direktur laki gua, bukannya gua! Jadi ada beza? Mesti aaaaa. Jangan jadi beruk dapat bunga! Hahaha!

Aku tetap ke tempat kerja dengan apa yang ada. Walaupun laki aku offer kereta yang bila trade-in ada harga. Biar la, nanti-nanti la. Bukan aku kisah pun dgn itu semua. Janji kereta ada tayar. Janji enjin tak sakitkan jiwa. Savvy pun, savvy la. Janji itu mmg gua punya harta.

Jadi, pangkat, harta, dan darjat mmg tak boleh beli aku punya jiwa. Kerana wanita perlu ada harga, harga diri, baru kita dipandang tinggi.

Biar orang yang beri, jangan kita yang minta. Biar org yang sebut, jangan kita yang kata. Pangkat, duit, harta itu sebenarnya daki dunia. Jadi jangan cepat gelap mata. Lupa diri.

Wednesday, February 25, 2009

4 Hariku

Ako COTI... baca betul2 C O T I. 4 hari yang aman damai. Masih terfikir pasal kerja tapi aku coba buang jauh-jauh.

SABTU:
Aku tengok Benjamin Netayahu. Aku celebrate kejayaan teman tidurku.(Psst..psst.. dia sudah pass exam, dia adalah Chartered Surveyor sekarang) Tahniah MR. SR MXXXI

AHAD:
Aku basuh baju, potong kuku, guling-guling mcm ulat bulu, jumpa abah dan keluarga mertuaku.

ISNIN:
Tido mcm kayu (bkn dapat selalu woi!!!)

SELASA:
Hari ni memang heaven
Aku bangun tido, makan sarapan walaupun belum gosok gigi, melangak TV walaupun air liur basi masih melekat kat pipi. Aku fikir nak buat apa lagi? Aku pi la kedai SPEEDY. Aku buka akaun laki-bini, aku start sewa CD... :D... sebelum balik rumah aku pie beli berpikul2 junkies. Bawa balik umah, pasang CD, melangak sampai tak sedar diri.

Kalaulah tiap-tiap hari begini! Tapi yang paling best masa kat kedai SPEEDY, cuma ada aku n shop assistant ja. So aku pi dengar lagu,begini, begitu. Tiba-tiba rasa mcm berada di NEW YORK... bila balik rumah aku berangan-angan aku ada mexican maid yang tengah masak tatila (betul ka eja) kat dapur untuk aku.

Bila aku stress, aku memang kuat berangan.

Tuesday, February 10, 2009

Hari-hari yang Bosan

(Sila baca dengan muka moyok.)

Buhsan!
Kenapa?
Bantal gulingku tiada!
Ke mana?
Seberang selat, keluar kota!
Buat apa?
Dia ada kerja!
Berapa lama?
Tiga hari katanya!

Jadi tidur dengan siapa?
Tidur sorang, pandang dinding bata, dengan lampu semua menyala!
Bila pulangnya?
6 Februari, bantal gulingku bakal tiba!

Jumaat, 6 Februari, 6 petang…

(Sila baca dengan nada terkinja-kinja.)

Huyeh! Huyeh! Kanda belikan dinda apa?
Ini, ambik semua!

Aku buka, terbeliak biji mata, nak tau kenapa? Bukan kerana nilai harganya, tetapi kerana usahanya!

“Asal nampak baju pink je, ada merelip-merelip, I terus ambik tak fikir apa dah.”

Warrrrrrgh! Aku terharu. Mataku berkacaaaa….

Wednesday, February 4, 2009

Aku COBA Jadi Kaya

Sekarang... aku mahu coba jadi kaya. Sebab tu aku takda masa nak tgk menatang blog ni. Aku sibuk nak buat duit.

Duit.. Duit... Duit...

Honey, I luv many money... :D