Niat aku sekadar mahu beli handbag SAHAJA. Mahu jalan-jalan, chit chat sama rakan, makan dan cuci mata. Tapi aku rasa mungkin aku perlu sesuatu yang lebih untuk buatkan aku lebih teruja.
Lepak di KLCC on wknd, nampak segala jenis manusia. Selebet, sederhana, bergaya atau terlebih bergaya. Okey! Umur aku sudah cecah 35 tahun (15 Okt lps)-okey aku tahu ramai yang akan cakap "hah? mcm tak percaya. Nampak budak-budak lagi..." :P - bagi yang membaca, kutuk la selagi mahu tapi itu realitikan? Ahaks!. Tapi aku masih berpenampilan 'sebegini', maksud aku sebegini itu adalah masih lagi kebudak-budakan. Loafers, sling beg, plastic brooch, plastik spec. Koleksi kasut aku- adidas, nike, crocs, hush puppies, clark, beberapa loafer dan sliper dari pelbagai jeama. Perasan tak, tidak ada langsung jenama yang berbunyi feminin?
Cuba lihat di bawah. Itu antara kasut yang aku ada (yang selebihnya tergolek2 dalam kereta). High heels yang ada itu adalah kasut masa akad nikah (gold) dan kasut hantaran dulu kala okey!
Okey, sejak lahir nature aku mmg begini. Boyish dan lasak. Aku masih ingat betapa mak aku sakit kepala bila aku berguling-guling dan lari satu rumah bila mahu keluar berjalan sebab kena pakai gaun macam kakak2 aku. Betapa aku akan menolak untuk dipakaikan gaun. Tambahan bila gaun itu sleveless. Baju rasmi aku apabila ke sekolah tadika dan keluar berjalan adalah shorts, jeans, dan t-shirt. T-shirt favourite adalah Donny Osmond, pink dan baby blue. Kalau masih berada di ampaian, aku akan check selang berapa minit untuk tengok dah kering atau belum. Jadi perangai ni masih kekal dalam diri aku walaupun sudah berkahwin, walaupun sudah banyak berkurang. Koleksi skirt dan dress banyak dalam almari tapi jarang sekali aku nak pakai. Kalau pakai pun, aku akan cuba tone down dgn hanya berselipar saja.
Jadi, semalam aku decide untuk ubah diri aku. Ubah penampilan aku. Aku mahu kelihatan lebih elegent. Aku rasa sudah sampai masanya aku patut begitu. Jadi setelah beli handbag. Aku mahu cari kasut. Aku mahu jenama yang betul-betul feminin sebagai permulaan dan untuk menaikkan semangat kewanitaan. Ayooo!
Setelah pusing hampir semua kedai kasut yang aku nampak. Aku decide untuk mulakan imej elegent dan wanita aku dengan jenama Charmain. Berbekalkan semangat dari kawan, aku pilih kasut dari jenama yang famous untuk wedding dan evening occasion itu. Tiba-tiba jadi extream! (Tepuk dahi!).
Aku pilih ini. Gila punya blink2. Heel dalam 1.5 inci sebagai permulaan.
Jadi kalau lepas ni korang nampak aku mcm lain macam sikit, itu sebabnya aku mahu nampak lebih elegent dan feminin. Hehehe.

0 comments:
Post a Comment