Wednesday, March 11, 2009

Aku Tetap Aku Walau Sapa Pun Suami Ku

Aku pernah dgr cerita. Cerita seorang wanita. Tentang suaminya yang berada. Tapi dia tiada apa-apa. Banyak benar yg aku dengar hingga kini aku hampir lupa.

Tapi ada satu perkara. Yang tersemat dalam kepala. Hingga hari ini aku tak boleh lupa. Teman aku bercerita, "Kau nak tahu apa perempuan kekwat tu kata? Katanya, I kan wife direktur. Nanti I kenalah teman hubby I pergi funtion selalu." Aku gelak sampai ketaq kepala. Dunia.. dunia!

Bila aku ingat aku senyum sampai telinga. Aku kini pun bini seorang direktur. Tapi aku tak rasa apa-apa. Aku tetap macam biasa. Iyalah, yang jadi direktur laki gua, bukannya gua! Jadi ada beza? Mesti aaaaa. Jangan jadi beruk dapat bunga! Hahaha!

Aku tetap ke tempat kerja dengan apa yang ada. Walaupun laki aku offer kereta yang bila trade-in ada harga. Biar la, nanti-nanti la. Bukan aku kisah pun dgn itu semua. Janji kereta ada tayar. Janji enjin tak sakitkan jiwa. Savvy pun, savvy la. Janji itu mmg gua punya harta.

Jadi, pangkat, harta, dan darjat mmg tak boleh beli aku punya jiwa. Kerana wanita perlu ada harga, harga diri, baru kita dipandang tinggi.

Biar orang yang beri, jangan kita yang minta. Biar org yang sebut, jangan kita yang kata. Pangkat, duit, harta itu sebenarnya daki dunia. Jadi jangan cepat gelap mata. Lupa diri.