Wednesday, May 13, 2009

Andrea Hirata VS Roxana

Aku terpanggil untuk menulis tentang ini apabila aku bersembang menerusi email dengan seorang pembaca karya-karya Andrea yang tinggal di Singapura. Dia adalah warga Indonesia yang bermastautin di Singapura. Sebenarnya dia bertanyakan tentang buku Maryamah Karpov di Malaysia, jika ada. Aku katakan versi bahasa Melayunya masih belum ada di pasaran Malaysia. Yang ada hanya Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, dan Edensor.

Kemudian dia bercerita sedikit tentang gossip Andrea yang hangat di Singapura. Tentang seorang wanita yang bernama Roxana yang mendakwa dia pernah berkahwin dengan Andrea Hirata 8 tahun lalu. Tentang Andrea yang mengaku masih bujang dan sebagainya.

Bila sudah menjadi celebriti, inilah pengorbanan yang terbesar yang terpaksa dilalui tanpa rela. Hal-hal peribadi dibawa bersama polulariti(sama ada negatif atau Positif). Aku sendiri menggilai karya-karya Andrea, dan terus terang masalah peribadinya tidak menggugat minat aku terhadap karyanya. Cuma perasaan ingin tahu aku membuak2 (aku percaya bukan hanya aku) apabila mengetahui Andrea ini pernah berkahwin suatu ketika dulu.

Ini adalah gambar Roxana yang mendakwa dia pernah menjadi (atau masih?) bini Andrea. (Dan di sebelahnya itu Andrea bagi mereka yang tidak tahu)



Wanita ini mendakwa di sekelas dengan Andrea ketika zaman kanak-kanak mereka. Ini pula adalah surat nikah yang ditunjukkan oleh Roxana.




Tapi walau apa pun... aku percaya fannya Si Andrae tetap tidak berganjak dari meminati Andrea. Mereka memang sudah obses dengan Andrea (tapi aku bukan fan yg obses, obses aku hanya pada laki aku saja :P)

Apa2 pun... kalau sudah tiada jodoh mmg tak akan kemana-mana.

Komen peribadi aku, dengan populari Andrea sekarang, pastinya dia dilihat tidak setanding dgn wanita yang kelihatan sangat 'plain' itu. Itu tidak lagi dikira dgn perkara yang bersifat material yang lain.(Aku sekadar memberi komen sebagai seorang perempuan yang sentiasa mahu dilihat cantik di mata suami...)

boleh baca lebih lanjut di detikhot.com




Monday, May 11, 2009

Anniversary: Bahagian 2

Tahun ini anniversary kawin aku agak sedeh. Aku di sana, laki aku di sini. Malam anniversary aku dok kat spital jaga mak aku. Laki aku kerja sampai tgh malam. Lps keja dia gi makan kat kedai mamak sorang2. Aku memang nangis... mcm kesiannya kat laki aku.

Tapi itu semua cobaan dan kami redha. Lagipun aku dah pi celebrate awai2 kat Cameron hari tu so nak kata apa lagikan. Syukur ja la sbb boleh pie jalan-jalan dengan laki aku... honeymoon tiap-tiap bulan. So nak apa lagi kan? Syukur la sebab ada bantal guling yang boleh peluk tiap malam...

Singgah Buang Sawang....

Lama aku tak update blog ni. Aku sibuk... dgn macam2 hal. Kerja, event, suami, menulis, dan parents.

Alhamdulillah, ibu aku dah beransur sihat. Ini adalah perkara yang paling menggembirakan aku, walaupun aku baru dapat beli jeans MNG & blaus esprit yang baru... tapi perasaan aku tak segembira apabila ibu aku telefon dan bagitau dia sudah boleh sembahyang berdiri, dia sudah ada selera makan, dia sudah boleh duduk mengaji. Apa yang boleh menggantikan ibuku? Tiada!

Bulan ni byk barang yang aku belikan untuk ibu aku tapi yang musykilnya duit aku masih berbaki, aku masih boleh shopping kain baju. Aku pelik betul! Aku beli kerusi roda untuk ibu aku, beli katil, beli tilam, beli comforter, beli divan, beli alat check BP... tapi aku masih boleh shopping dgn senang hati. Tak rasa duit luak...

Mungkin itulah namanya berkat, sbb aku tak fikir 2 kali masa aku beli semua barang tu.

Jadi kat sini aku nak ucapkan, "Selamat hari ibu buat mama & selamat hari jadi buat abah!" Terima kasih atas kasih sayang sepanjang hayat!

Adik sayang mama & abah!

Wednesday, March 11, 2009

Aku Tetap Aku Walau Sapa Pun Suami Ku

Aku pernah dgr cerita. Cerita seorang wanita. Tentang suaminya yang berada. Tapi dia tiada apa-apa. Banyak benar yg aku dengar hingga kini aku hampir lupa.

Tapi ada satu perkara. Yang tersemat dalam kepala. Hingga hari ini aku tak boleh lupa. Teman aku bercerita, "Kau nak tahu apa perempuan kekwat tu kata? Katanya, I kan wife direktur. Nanti I kenalah teman hubby I pergi funtion selalu." Aku gelak sampai ketaq kepala. Dunia.. dunia!

Bila aku ingat aku senyum sampai telinga. Aku kini pun bini seorang direktur. Tapi aku tak rasa apa-apa. Aku tetap macam biasa. Iyalah, yang jadi direktur laki gua, bukannya gua! Jadi ada beza? Mesti aaaaa. Jangan jadi beruk dapat bunga! Hahaha!

Aku tetap ke tempat kerja dengan apa yang ada. Walaupun laki aku offer kereta yang bila trade-in ada harga. Biar la, nanti-nanti la. Bukan aku kisah pun dgn itu semua. Janji kereta ada tayar. Janji enjin tak sakitkan jiwa. Savvy pun, savvy la. Janji itu mmg gua punya harta.

Jadi, pangkat, harta, dan darjat mmg tak boleh beli aku punya jiwa. Kerana wanita perlu ada harga, harga diri, baru kita dipandang tinggi.

Biar orang yang beri, jangan kita yang minta. Biar org yang sebut, jangan kita yang kata. Pangkat, duit, harta itu sebenarnya daki dunia. Jadi jangan cepat gelap mata. Lupa diri.

Wednesday, February 25, 2009

4 Hariku

Ako COTI... baca betul2 C O T I. 4 hari yang aman damai. Masih terfikir pasal kerja tapi aku coba buang jauh-jauh.

SABTU:
Aku tengok Benjamin Netayahu. Aku celebrate kejayaan teman tidurku.(Psst..psst.. dia sudah pass exam, dia adalah Chartered Surveyor sekarang) Tahniah MR. SR MXXXI

AHAD:
Aku basuh baju, potong kuku, guling-guling mcm ulat bulu, jumpa abah dan keluarga mertuaku.

ISNIN:
Tido mcm kayu (bkn dapat selalu woi!!!)

SELASA:
Hari ni memang heaven
Aku bangun tido, makan sarapan walaupun belum gosok gigi, melangak TV walaupun air liur basi masih melekat kat pipi. Aku fikir nak buat apa lagi? Aku pi la kedai SPEEDY. Aku buka akaun laki-bini, aku start sewa CD... :D... sebelum balik rumah aku pie beli berpikul2 junkies. Bawa balik umah, pasang CD, melangak sampai tak sedar diri.

Kalaulah tiap-tiap hari begini! Tapi yang paling best masa kat kedai SPEEDY, cuma ada aku n shop assistant ja. So aku pi dengar lagu,begini, begitu. Tiba-tiba rasa mcm berada di NEW YORK... bila balik rumah aku berangan-angan aku ada mexican maid yang tengah masak tatila (betul ka eja) kat dapur untuk aku.

Bila aku stress, aku memang kuat berangan.

Tuesday, February 10, 2009

Hari-hari yang Bosan

(Sila baca dengan muka moyok.)

Buhsan!
Kenapa?
Bantal gulingku tiada!
Ke mana?
Seberang selat, keluar kota!
Buat apa?
Dia ada kerja!
Berapa lama?
Tiga hari katanya!

Jadi tidur dengan siapa?
Tidur sorang, pandang dinding bata, dengan lampu semua menyala!
Bila pulangnya?
6 Februari, bantal gulingku bakal tiba!

Jumaat, 6 Februari, 6 petang…

(Sila baca dengan nada terkinja-kinja.)

Huyeh! Huyeh! Kanda belikan dinda apa?
Ini, ambik semua!

Aku buka, terbeliak biji mata, nak tau kenapa? Bukan kerana nilai harganya, tetapi kerana usahanya!

“Asal nampak baju pink je, ada merelip-merelip, I terus ambik tak fikir apa dah.”

Warrrrrrgh! Aku terharu. Mataku berkacaaaa….

Wednesday, February 4, 2009

Aku COBA Jadi Kaya

Sekarang... aku mahu coba jadi kaya. Sebab tu aku takda masa nak tgk menatang blog ni. Aku sibuk nak buat duit.

Duit.. Duit... Duit...

Honey, I luv many money... :D