Tuesday, February 10, 2009

Hari-hari yang Bosan

(Sila baca dengan muka moyok.)

Buhsan!
Kenapa?
Bantal gulingku tiada!
Ke mana?
Seberang selat, keluar kota!
Buat apa?
Dia ada kerja!
Berapa lama?
Tiga hari katanya!

Jadi tidur dengan siapa?
Tidur sorang, pandang dinding bata, dengan lampu semua menyala!
Bila pulangnya?
6 Februari, bantal gulingku bakal tiba!

Jumaat, 6 Februari, 6 petang…

(Sila baca dengan nada terkinja-kinja.)

Huyeh! Huyeh! Kanda belikan dinda apa?
Ini, ambik semua!

Aku buka, terbeliak biji mata, nak tau kenapa? Bukan kerana nilai harganya, tetapi kerana usahanya!

“Asal nampak baju pink je, ada merelip-merelip, I terus ambik tak fikir apa dah.”

Warrrrrrgh! Aku terharu. Mataku berkacaaaa….

No comments: