Monday, December 15, 2008

Malam Silalah Datang

Malam...
Silalah datang
Cepatttt...
Aku tidak sabar menunggu

Bling,bling nampak seperti lampu,
Lampukah itu?
Oh tidak, ia adalah labuciku...

5, 6, 7, 8, 9, 10 dan sebelas...
Bilakah detik itu?
Tidak! masih belum tentu

Perang... tidak menentu
Tembak, pastikan ia kena aku..
Allah berikan kami dengan restu

Aku pasti senyum itu pasti akan tiba di pintu...

NUKILAN: ART aka Ironteeth aka KODIK

Thursday, December 11, 2008

Toing..toing...serabut weh!

Kepala otak aku serabut 2 minggu ni. Mcm2 bala yang aku hadapi kat opis, artist indon slow la, pastu ambik image kat mana tah... pastu nanti kena sama plak. Aku nie pie la ambik gambaq anak2 sedara aku...pastu ingat dah abih la bala...

Timbul satu hal lagi.... file tak leh DL lak... rasa mcm nak ambik hammer pecahkan PC aku ja.. lps 4 hari baru dapat DL... pastu inhouse artist lak tarak... eeiii rasa mcm nak tarik tudung ja nihh!!! oke..oke.. aku SABAQ, apa kena mengena cover buku aku ngan tudung aku kan :P

Nasib Taukeh Mooo tu boleh tlg cantum file2 tuh spy jadi cover yang sempurna! Wah haibat juga Taukeh Moo nih! Ingat dah selesai la bleh buat color seperation! ADA LAGI BALA! Spot UV la pulak tak leh nak buat... so aku serender k!

Nak tambah kabut aku lagi. Si penulis dari indon yang rasa diri dia VASS gitu, LAST MUNITE tarik diri K! Read my lips: L A S T M U N I T E. Abih apa aku mau cakap sama itu producer TV ngan Press yang nak interview dia...??? so kena create cerita la kan. Dengan kata lain aku telah jadi PENIPU la pulak sbb nak cover malu/line! Patut tak? Aku ni dah la mmg byk dosa... lagi nak tambah dosakan.. EEEEIIIIIIII

K laaa... AKU BERFIKIRAN POSITIF! Itu adalah ujian ALLAH utk aku jadi insan yang lebih bertaqwa! Aku tarik balik kata-kata aku tadi k (eeiii rasa mcm nak tarik tudung ja nihh!!!!) Aku Insaf!!!

YA ALLAH! AKU TERIMA UJIAN INI DENGAN REDHA. SEMOGA AKU DIKURNIAKAN ANAK ATAS KEREDHAANKU INI. AMEEEN!

Thursday, December 4, 2008

MBDA

Cuba nyatakan 2 perbezaan cover ini? Kalau dapat jawab dgn tepat. Hadiah yang paling tak misteri bakal menanti.







Yang penting model tu anak aku k!

Anak: Episode 2

So ini adalah antara anak-anak aku... anak sedara kira anak aku la kan? SORRY!! NO objection! Kena setuju juga, Okey!!!

Ini adalah buah hati aku... ini antaranya... ada lagi 3. Tapi yang 3 tu tak dok serumah ngan yang 4 nih.

AKU SAYANG MEREKA!!!!!! (Ini adalah ayat contoh Bahasa Melayu Tinggi, ayat yang lain tolong jangan tiru kalau nak buat tulisan okie...)


SOFEA - Anak Patung Jepun (kira ni adalah jelmaan cartoon anime la)


AMMAR - Cute Jebon (Perkataan favaurite dia adalah HI, tak kira keling botol atau cina jual surat khabar, semua dia akan say HI)


QILAH n NANA - Ini kakak kepada 2 kenit yang kat atas (Suka melaram n kuat posing - as usual la gurls)


TQVM buat photographer yang terpendam bakatnya!WANIE The Taukeh MOOO

Saturday, November 29, 2008

Aku penagih???

Adakahkah aku penagih?? Dah 1 bulan aku berjaya sekat penyakit aku. Aku berjaya tak kluarkan duit utk beli brg. Tapi bulan ni aku mcm naik 'sheikh' @ hantu @ minyak....

Aku beli, beli, dan beli. Aku mmg tak boleh stop!!! Bulan ni aku dah beli 1 jeans, 1 belt, 2 pasang kasut, 2 helai baju, 3 helai tudung, n tah apa2 lagi....jadi aku telah belanjakan 600 ratus hengget bulan ni!

Oleh itu aku ambik keputusan tidak mahu merayap bila lunch n dok sengap2 kat opis.

Tapi mende lain yang aku rancang, menda lain yang jadi.... kerana tak dapat melangut kat mall during lunch.... aku melanguk PC aku... browse..punya browse... punya browse... aku telah shopping lagi...

Sekarang hobi aku adalah SHOPPING ON LINE!!! Macam mana nih?!!!! Bantulah aku... tolong... bantulah aku... bantulah aku untuk tolong pilih baju-baju yg cantik-cantik nih!!!!

2 baju kat bawah tu baju yang aku baru beli secara online... Amacam? Cantik tak?? huarhahahaha....

Friday, November 14, 2008

Anak: Episode 1

Sapa kata aku takda anak!???? Aku ada 1 anak tekak, 2 anak mata, 2 anak telinga, 7 anak sedara, tu belum termasuk anak-anak kucing aku yang dah arwah.

So next time... fikir dulu sebelum cakap k....!

no wamen no cry

Thursday, November 13, 2008

Kembang

Jam: Kul 2.oo pagi
Lokasi: Balkoni umah
Posisi: Kuak lentang
Aktiviti: Dok teringat scene petang tadi... sambil gelak mengekek sorang-sorang

Tak tau naper... Aku dok ingat scene petang tadi. Aku tak leh tahan nak gelak.... Before balik tadi aku sempat gossip ngan jiran tingkat 3, tukang tangkap butterfly, dia pernah kerja dengan Kedai Survenior Ah Leong kat Cameron Highland, kedai yang jual rama-rama yang dah keras. Aku malas nak explain lebih... ramai yang tgk scene tadi.

Aku jadi teringat lagu Panjang Umurnya
... eleh, lagu yang indon suka nyanyi masa birthday party.

Aku terus nyanyi lagu tu, tapiiii.... version aku lain. Bunyi dia macam nie:

Kembang hidungnya
Kembang hidungnya
Kembang hidungnya semalam jua
Kembang hidungnya
Kempang hidungnyaaaaaaaaa....
Huhu! :P


Tuesday, September 23, 2008

Zuppps.... aku masih hidup woooo

Dah lama betul aku tak update blog nie. Aku blockkannya jab sebab byk cerita kontroversi aku tulis kat sini. Biasa la... bila marah, kita hentam tak hengat punya! (Sebenaqnya laki aku yang telah tangkap aku mencarut tak menentu dalam blog...hehehe so aku janji aku buang semua tu)

Atas nasihat hubby aku, aku block dulu la blog aku nie sementara menunggu aku nak buat spring cleaning... sekarang semua sudah ok maaaa.... mana yang aku rasa patut kekal aku kekalkan la...Suka hati gua la...! :P

So nanti from time to time aku update la blog nie. Selama 7 bulan lps, byk woooo cete suka duka... tapi dah terlps aku mls nak flash back balik.

Aku rasa aku macam tak lama kat sini, kat tempat aku tengah menaip entri aku ni. Aku rasa nak pergi dari sini... Jadi ada keperluan untuk aku update blog ni untuk keperluan teman-teman datang menjenguk...

:)...

Monday, February 4, 2008

Marriage Is the Closest Kind of Friendship

Hubby aku terima call dari kawan dia yang kerja kat Ireland. Mamat nie mmg agak complicated, dia jenis yang terlalu banyak berfikir, he is a thinker, critical thinker. Its a very good attitude tapi kkdg dia berfikir sampai jadi complicated. So my hubby yang selalu jadi mentor, best fren, abang untuk dia. Segala mak nenek masalah dia akan cari hubby aku untuk discuss kekadang sampai dekat sejam dia call dari Ireland.

Dan hari tu aku pun pasang telinga. Diorg cakap pasal pompuan, pasal gurl fren. Hari tu masa balik M'sia (last Nov), dia lepak umah aku, gurl fren kawan hubby aku yang cun melecun n anak orang kaya tu datang lepak juga. Aku tgk orang dia sweet n tak sombong n stylo lagi... (kalau orang tengok sure buat komen macam nie, "camner la minah ni bleh sangkut ngan mamat nie" :) )

Tapi sayangnyer mak kawan hubby aku tak berkenan. Mungkin sbb awek dia nampak ranggi. Yea la rambut color, jeans ketat, mungkin orang tua tak brape nak berkenan....dan kawan hubby aku nie jenis patuh cakap orang tua, so hubby aku rasa dia mungkin berat untuk proceed ngan minah tu. Entah la! Dapat awek cun n ada kerjaya yang baik, mak pulak tak suka.

Aku tahu kawan hubby aku lonely kat sana. Yea la duduk di tengah-tengah mat salleh. So dia selalu mengeluh pasal takde gurl fren dan aku senyum jea bila aku dengar hubby aku bagi nasihat kat kawan dia,
"Kalau kita nak kawin, kita cari perempuan yang boleh jadi kawan kita. Tapi kawan nie lain la skit dari kawan yang lain sebab dengan kawan nie kita boleh 'main'"

hahaha....sebenarnya aku sokong statement hubby aku tu. Orang lelaki bercakap camtu la style diorg, very direct.

So ni conclusion aku:

Marriage is the closest kind of friendship.
Years of traffic wear away the lines
Between two souls with similar designs,
Ending more in unity than kinship.
Separate actors must play separate parts:
They must alone be riveted by need.
Far beneath that soil a single seed
Roots itself, tenacious in their hearts.
In love there is a trust beyond the word.
Each finds peace in each, as though the light
Needed the tranquility of night,
Deeper than what silence can be heard.

Sunday, February 3, 2008

Mama Uda, Papa Uda, Qilah n Nana



Cuti Hari Wilayah aku n hubby gie Melaka. Bosan sgt sebab rasa mcm dah lama tak keluar KL.

Aku bawak Qilah n Nana. Kitaorang nak rasa mcmana bawa anak-anak gie cuti sebab selama nie kami selalu dating berdua, cuti berdua, kkdg je aku angkut kkwn skali.

Sampai Tangjung Bidara, lepas check-in. Bawa diorg main kat beach. Main air n main pasir. Penakut ya rabbi kenit2 ni... nak pegi kat gigi air pun terkedek2 sebab takut nanti ada sea monster. Hubby aku kuat menyakat, lagi la diorg takut.

Malam aku makan seafood kat Pengkalan Balak. Esoknyer aku bawa diorg gie A famosa. Sambil naik Paul's Hill, anak-anak sedara aku nie menyanyi kuat-kuat. Sampai kat atas kubu A famosa, diorg jerit "Castle! Castle!". Hahaha castle kebendenyer. Kubu la.... Pastu berlari masuk dalam kubu, melompat-lompat sambil menari. Ada couple mat salleh nie datang minta nak tangkap gambar anak-anak sedara aku sebab dia kata cute sgt! Hahaha....mmg diorg ingat tu anak-anak aku.

Sebabkan kenit-kenit tu tak kenal apa tu beca, aku n hubby bawa kenit-kenit ni naik beca. Pakcik beca tu siap jadi photographer n bagi instruction lagi kat aku n hubby.

"Adik duduk kat sebelah ibu, ayah naik atas basikal tu, biar atuk tangkap gambar"....hahaha 'ibu' n 'ayah'. Yea la, ibu n ayah angkat...

Lepas pusing Jongker's Street, dah dapat terompah, pensil spring n gelang sorang satu, tengok kenit-kenit nie dah lembik. Kalau kitorg berdua jea sure aku dah tawaf setiap jalan n lorong kat Jongker's Street tu....

Balik KL, aku hantar diorg rumah mama diorg, Nana nangis...mama dia ingat sebab rindukan mama n babah dia....rupa-rupanya..
"waaaaaaa....Nana nak tido ngan Mak Uda n Pak Uda"
...mama dia cakap, "Hampeh!"....:)

Seronok tul ada anak ni! Aku tak tahu bila rezeki aku ngan hubby. Aku harap sangat by this year aku dah concieve! Ameen ya rabul alamin. Tapi aku tak nak jejaskan kualiti hidup aku dengan stress nak dapat anak. Aku n hubby tetap bahagia even kami takde anak lagi. Hubby aku mmg selalu manjakan aku sbb kat sape lagi dia nak alirkan kasih sayang dia. Mungkin itu juga rahmat buat aku. Jika aku ditakdirkan takde anak dari darah daging kami, aku yakin kami tetap bahagia dan cinta kami tetap utuh. Aku percaya tuhan sentiasa beri rahmat atas perkahwinan aku n hubby. Rezeki kami makin bertambah dan tak putus-putus sejak kahwin. Cuma permintaan yang satu ni belum kami dapat lagi...

Doa aku tak pernah lekang supaya tuhan makbulkan hasrat kami yang satu nie...

Wednesday, January 30, 2008

Artikel utk semua.....

Aku ada discussion ptg semalam. Discussion nie mungkin disebabkan email aku hari tu, :). Aku ikhlas dalam menulis email tu. Ada niat nak kenakan sesape? Tak rasanya, cuma aku rasa ada perkara yang perlu aku voice up so aku voice up. Masa aku nak email, aku dah tahu risiko yang akan aku terima. Tapi aku peduli apa. Aku bukan reka cipta cerita. Aku akan dibenci? Biar... aku akan dicop pencetus kontroversi? Biar la... Aku dikatakan kerek? Suka hati korang la...

Banyak isu yang di-discusskan. Tapi yang buat aku senyum sampai la nie isu aku pakai tudung juga salah satu isu yang dibincangkan. Aku faham dia concern tentang isu ni sebab kuathir ada hamba Allah yang brain wash aku sampai pakai tudung...hahaha! Before aku pakai tudung, aku dah fikir pasal nie - mesti ada yang ingat aku tertekan dengan persekitaran hingga 'memaksa' aku bertudung.

So kat sini....aku lampirkan artikel yang aku contribute utk sebuah buku yang berjudul Kenapa Saya Bertudung? Dan aku harap ini dapat mengelakkan anggapan serong terhadap imej baru aku ;):

Ramadhan itu detik kemenanganku....


Oleh Afadila Habib

Aku lahir dalam keluarga yang sederhana besar. 2 kakak dan 2 adik lelaki. Beza umurku dengan adik lelaki di bawahku menjangkau 9 tahun lebih, dan ini membuatkan aku dimanjakan keluarga. Malah diriku dipanggil 'adik' manakala kedua adik lelakiku hanya dipanggil dengan nama mereka. Sebelum aku dilahirkan sememangnya ibuku mendambakan seorang anak lelaki. Almaklum sahaja setelah melahirkan kakak-kakakku, ibu memang mengharapkan aku lahir sebagai anak lelaki. Namun ibu tidak pernah bersungut lantas anak ketiga (aku) yang dilahirkan tetap perempuan. Tetapi sesuatu yang pasti, sikapku memang mirip kanak-kanak lelaki sejak kecil lagi. Tidak suka bergaul dengan perempuan, memakai seluar pendek dan T-shirt sepanjang masa, dan melakukan aktiviti kanak-kanak lelaki. Sikapku sendiri agak keras. Keras kepala, keras hati, pantang ditegur sementelah dengan cara yang kasar.

Walau ibu bapaku tidaklah setinggi mana pengajian mereka dalam ilmu agama, namun perkara wajib telah ditanamkan sejak kecil dalam diri kami 5 beradik. Soal sembahyang, mengaji, puasa, larangan terhadap perkara mungkar memang selalu ditegaskan oleh mereka. Jika tidak melakukannya, bak kata orang “naik cairlah tahi telinga” dibebelkan oleh ibu bapaku. Tetapi soal bertudung tidak pernah ibu atau abah suarakan kepada kami, 3 beradik perempuan ini. Mungkin ibu tidak mahu mendesak, begitulah telahanku. Menjelang usia remaja, aku masih berperangai seperti remaja lelaki, kasar dan agresif. Kakak-kakakku semakin menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mereka. Ketika aku berusia 14 tahun, kakak-kakakku telah mulai bertudung tanpa diminta oleh sesiapa. Aku bertanya kepada mereka, “Kenapa?”. Mudah sahaja jawapan mereka, “Perempuan wajib tutup aurat.” Aku senyum. Sedikitpun tidak terasa dengan jawapan mereka kerana aku 'kurang' perasan yang aku juga adalah seorang perempuan.

Zaman Pengajian di Universiti

Perangai tomboyku semakin terhakis semakin aku meningkat dewasa. Syukur kepada Allah kerana mengeluarkan aku daripada kekeliruan identiti diri. Alhamdulillah pelajaran aku juga berjalan dengan lancar. Hari pertama mendaftar diri di universiti, aku lihat hampir 70 peratus freshie wanita Islam memakai tudung. Aku dapat rasakan ada mata sinis, terutama daripada pelajar senior terhadapku. “Kenapa? Mungkin kerana aku tidak bertudung? Ah! Peduli apa. Hendak mengata atau mengutuk? Silakan. Tak ada yang menghalang. Bukan luak manapun kalau dijeling, diumpat, malah disindir sekalipun.” Fikirku ketika itu.

Semesta demi semesta, aku lihat semakin kurang bilangan pelajar wanita di universitiku yang tidak bertudung. Namun aku?, bukan salah seorang daripadanya. Ini suatu fenomena yang baik, tetapi ironisnya, ramai di kalangan mereka yang hanya bertudung ketika ke kuliah atau dalam kawasan kampus. Jadi fikirku, untuk apa bertudung? Hanya sebagai uniform? Hanya sekadar mengelakkan diri dikutuk? Hanya kerana tidak tahan dengan tekanan persekitaran? Hanya kerana hal duniawi? Bukan atas rasa keinsafan dan tuntutan daripada Allah?

Namun, siapalah aku untuk menilai diri orang lain, apabila diri sendiri masih dalam kejahilan. Aku faham tekanan yang dialami oleh siswi wanita yang tidak bertudung. Mereka sering kali disindir, dipandang serong dan mudah sekali mendapat tohmahan. Aku juga salah seorang yang mengalaminya. Pernah suatu ketika, di bilik kuliah, beberapa siswa secara terang-terangan meletakkan aku sebagai seorang kristian kerana tidak bertudung. Pernah juga aku dihentam dan disindir oleh seorang pensyarah dengan kata-kata cukup pedas hampir setiap kali di kelasnya kerana aku tidak bertudung dan setiap kali itu jugalah rakan sekelas akan menoleh memandangku. Bayangkan semua mata di dalam kelas tertumpu kepadaku dengan pelbagai pandangan! Dan akhirnya setelah hampir dua bulan mengikuti kuliah pensyarah berkenaan, aku mengambil keputusan untuk menarik diri dari kelas tersebut. Hati aku memberontak, “Beginikah cara berdakwah, begini cara mengajak orang ke arah kebaikan?”. Tidak sedikitpun keinsafan yang timbul dalam hati ini. Malah hati aku menjadi semakin keras, memberontak. Aku menanam azam, “Jangan haraplah aku hendak tunduk dengan kutukan orang! Jangan ingat mulut laser mereka boleh buat aku pakai tudung. Orang alim konon, tapi memalukan orang di khalayak ramai, menjatuhkan air muka orang!”. Begitulah antara luahan rasa sakit hati. Tidak sekelumitpun kata-kata mereka itu yang berjaya mengetuk pintu hati aku. Dan yang pasti, kata-kata mereka membuatkan aku semakin menjadi hati batu, bagiku, walaupun aku tidak bertudung, aku seorang muslim, aku solat dan berpuasa, aku tidak melakukan dosa-dosa besar, tetapi mengapa aku dipandang hina seperti seorang kafir?!

Alam Pekerjaan

Setelah tamat pengajian, aku berjaya menjawat jawatan di beberapa syarikat yang agak besar yang kebanyakannya milik bukan Melayu. Aku dikelilingi oleh rakan-rakan kerja pelbagai bangsa yang kebanyakannya juga bukan Melayu. Mereka jugalah rakan-rakan yang sering diajak untuk melepak bersama di luar waktu kerja. Topik perbualan kami pelbagai tetapi yang pasti, perbincangan tentang agama, apatah Islam tidak pernah berlaku. Keadaan ini membuatkan aku hanyut dan tidak langsung memikirkan tentang persoalan Islam.

Namun, aku cukup bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa dan keluarga yang selalu sentiasa mengingatkan aku tentang tanggungjawab sebagai seorang Islam. Keluarga adalah nikmat dan anugerah tuhan yang cukup aku syukuri kerana merekalah pembimbing aku terutama ketika aku seakan hilang arah. Ibu ayahku tidak pernah jelak membawaku ke arah kebaikan. Semenjak lahir, aku membesar dengan iringi doa mereka supaya aku sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Mungkin berkat doa kedua ibu bapaku, hatiku makin terbuka menerima ajaran Islam. Sering kali ditikar sembahyang aku berdoa supaya tuhan membuka hatiku ke arah kebaikan dan menghindarkan diriku ini daripada kemungkaran. Aku mulai menganalisa tentang diriku, tentang sejauh mana ketaatan aku terhadap Allah. Aku mulai berfikir tentang isu bertudung. Namun hatiku masih belum cukup bersedia. Aku sedar tentang dosa yang aku tanggung akibat dari keenggananku untuk bertudung dan betapa ibu bapaku turut mendapat bahagian dosa yang sama atas kedegilanku. Tetapi kenapa diri ini cukup susah untuk melaksanakan tanggungjawab seorang muslim yang satu ini? Adakah kerana persekitaran pekerjaan serta rakan taulan yang turut mempengaruhiku?

Sesungguhnya Allah itu maha pemurah. Walaupun aku bukanlah hamba yang cukup taat, aku sering diberikan segala yang aku pinta. Ibu bapa dan keluarga yang cukup menyayangi, rezeki yang baik, kejayaan demi kejayaan serta sebuah perkahwinan yang cukup membahagiakan. Setelah bertemu jodoh, aku semakin terfikir tentang corak kehidupan yang bakal kami bina. Pastinya aku juga seperti ibu bapaku, menginginkan anak yang solehah sebagai harta di dunia dan akhirat. Bagaimana aku bakal menjadi tauladan terhadap anak-anak yang bakal aku lahirkan sekiranya diri sendiri bukanlah hamba yang cukup patuh kepada-Nya? Maka, tidak putus-putus doaku kepada Allah supaya memberi sinar ke dalam hatiku ke jalan yang lurus.

Detik Kemenanganku

Sesungguhnya keputusanku untuk berhenti kerja dari syarikat di Shah Alam merupakan jalan yang telah dibuka oleh Allah kepadaku untuk aku menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa. Aku bertukar kerja di sebuah syarikat yang berhampiran dengan rumahku. Suasana dan persekitaran kerja di syarikat baru itu cukup berbeza dari apa yang pernah aku alami sejak 9 tahun di alam pekerjaan. Rakan-rakan sekerja kini tidak seperti sebelumnya, kesemua mereka adalah Melayu dan kesemua pekerja wanita bertudung. Aku akui aku agak kuathir ketika di awal kehadiranku di pejabat baru itu. Aku kuathir pengalaman lepas akan berulang memandangkan hanya aku dan seorang lagi pekerja wanita baru yang tidak bertudung. Namun, sikap mereka amat berbeza daripada pengalamanku yang sudah-sudah. Walaupun aku tidak bertudung, tidak seorangpun daripada mereka meminggirkanku apatah lagi melihatku dengan pandangan menghina mahupun sinis walaupun ada di kalangan mereka bergelar ustaz an ustazah. Aku dapat bekerja bersama dengan baik sekali di sana tanpa perasaan diri di pandang serong oleh mereka.

Cara dakwah Islam yang dibawakan mereka cukup sederhana tetapi amat meninggalkan kesan dalam jiwa insan yang sepertiku. Aku dapat melihat keindahan, kesantunan, kecantikan dan kehemahan Islam menerusi sikap yang dipamerkan oleh rakan-rakan pejabat baruku ini. Anggapan bahawa golongan alim mudah meminggirkan dan menghina mereka yang jahil semakin terhakis.

Setelah beberapa bulan bekerja di sana, Allah telah membuka hatiku untuk memakai tudung. Aku lahirkan hasrat itu kepada suamiku. Dia tersenyum sambil menjawab, “Dah bersedia? Kalau dah baguslah.”. Kami pergi membeli tudung untukku bersama. Dan Ramadhan yang lepas, aku merasakan masa yang terbaik untuk aku mula memakai tudung. Syukur kepada Allah, detik yang cukup aku kuathir dan merisaukan dapat aku jalani dengan baik sekali. Ramai yang melahirkan rasa syukur terhadap penampilan baruku ini dan yang benar-benar gembira adalah kedua ibu bapaku. Aku dapat melihat air muka ibu bapaku yang cukup bahagia tak kala pertama kali melihat aku ke rumah mereka dengan bertudung. Begitu juga dengan kakak-kakakku.

Ramadhan kali ini cukup bermakna untuk diriku. Aku telah berjaya menjalankan tanggungjawab muslimah yang satu ini dengan seikhlas-ikhlasnya. Aku telah dapat mengelakkan suamiku dari bebanan dosa akibat daripada isteri yang tidak bertudung. Aku telah berjaya mencairkan hati batu ini. Semuanya berkat kehendak-Nya.

Sebulan setelah aku bertudung, aku dikejutkan dengan kematian sahabat baikku. Beliau sememangnya seorang insan yang cukup baik, menjaga tutur kata dan amalan solatnya serta amalan-amalan yang lain. Namun, ada satu yang kurang dalam dirinya sebagai wanita muslim, dia tidak bertudung. Dan di saat akhir hayatnya juga dia tidak sempat bertudung. Ketika melawat jenazahnya, teringat aku tentang perbualan kami yang sering berkisar tentang fesyen terkini, gaya rambut terbaru dan sebagainya termasuk isu bertudung. Betapa kami sedar tentang kewajiban bertudung buat setiap wanita Islam tetapi isu 'tidak bersedia' sering kami jadikan sebagai alasan. Betapa kematian beliau cukup menginsafkan. Betapa kecantikan dan segalanya di dunia ini hanya sementara. Apabila maut hampir tiba, segala kecantikan rupa entah ke mana dan bukan lagi isu utama. Yang hanya dikira adalah ketaatan kepada-Nya. Betapa aku bersyukur dengan rahmat Allah yang membuka hatiku untuk bertudung sebelum maut datang menjemputku. Azamku tidak hanya berhenti setakat itu sahaja, aku bercita-cita untuk menjadi muslimah yang lebih baik, memperbaiki amalan yang sedia ada dan menimba apa yang masih kosong di dada. Semoga Allah terus memberikanku hidayah dan menetapkan hatiku ke arah kebaikan. Ameen!






Tuesday, January 15, 2008

Pre Birthday Aqilah







Semalam birthday Qilah...aku dah ready beli hadiah dia. Dia nak hangin cardigan, budak2 sekarang....baju nak ikut trend terkini.

Sabtu-Aku merayap gie Ampang Park, Ampang Point, Isetan KLCC....tak jumpa gak.

Ahad-Aku gie Sg Wang... naik lenguh kepala lutut, baru jumpa

Hubby akupun aku heret utk dua-dua hari ni...

Di samping dia, aku kena readykan hadiah untuk anak-anak sedara yang lain supaya mereka tidak saling jaki- menjaki....

Biasa la tu, sorang sambut birthday, hadiah aku kena ready 4 atau 5.. :). Mmg rabak poket seluar. Sekarang aku ada 7 anak sedara, yg 3 kecik tak tau demand lagi... tunggu besar 3 tu baru aku cari hadiah diorg semua kat pasar malam...

Inilah hadiah-hadiah yang telah merabakkan poket aku beratus-ratus....hehehe

Monday, January 7, 2008

Aku Masih Di Sini....

Aku tgk jam kat sudut bawah sebelah kanan komputer aku... pukul 8.24pm. Aku masih di sini. Di ofis ni. Tak kan tak nak balik kot? Tapi aku mmg takde hati nak balik rumah hari ni. Bila aku bengang ngan laki aku, mmg aku malas nak balik.

Aku dah siap bawak baju spare dalam beg. Sempat aku sambar baju n sluar pagi tadi before keluar umah, siap sempat cari tudung yang sedondon dengan baju. In case aku nak lari dari umah malam nie...lari lagi? Tak reti taubat2 lagi ke?!

Dulu masa baru-baru kawin aku mmg selalu lari dari umah. Tapi yang paling trill aku lari dari umah time bulan posa. Belum pun sempat bukak posa aku dah lari. Aku ingat lagi, aku beli nasi ayamas kat kiosk MRR (Caltex lps sikit dari Pandan Indah aku rasa). Pastu aku drive gie putra jaya. Pastu, before azan aku nangis dulu dalam kereta. Bila dah azan, aku stop nangis jab untuk makan nasi ayam yang aku beli tadi. Pastu aku sambung nangis lagi. Aku sebenarnya tak posa hari tu, tapi takan nak makan before azan seee.... ingat-ingat la skit.

Trajis tul bulan posa 2006 tu. Tau-tau dah lepas ke Melaka. Fuh! Siap gie Umbai makan seafood. Pastu gie pulak Kuantan sampai ke Cherating, 2 days after gie Melaka. Masa tu takde sedih-sedihnyer dah. Happy giler dapat merayap. Siap shopping lagi seeeee.... Sampai skarang laki aku tak tahu aku mmg bergumbira masa aku lari ke Melaka n Cherating ari tu. Konon bawak hati la... kwang...kwang..kwang... Yea la buat ape nak menjeruk hati? Baik hiburkan hati aku yang sakit. Tul tak?

Tapi tu masa baru kawin. Barupun tak baru gak la. Dah lama aku insaf tak lari dari umah nie. Keluar jab sebab marah tu ada la, bila laki aku sms pujuk balik. Aku balik.

Mungkinkah peristiwa Ramadhan 2006 berulang kembali? Kita tunggu kul 10.00pm nanti. Kalau aku tak sampai umah gak, maksudnya umah Olie la jadi sasaran!