Monday, August 31, 2009

Hadiah untuk Mama & Abah...

Raya kali ni aku asyik fikir apa yang aku nak beli untuk parent aku.
Kain? Baju? Tudung? Seluar? T-shirt? Kemaja? Hand beg?
Entah la... semalam buku puasa di rumah parent aku, kakak sulung aku keluarkan hand beg dari beg baju dia.
"Ini untuk ma..."
So nampaknya hand beg cancel.

Mcmana dengan kasut?
2 minggu lps aku lpk rumah parent aku, mak aku keluarkan 2 pasang kasut. "Ini Ana belikan utk mama."
So kasut juga cancel.
Beli kasut untuk abah? Abah aku sempoi, tak suka pakai kasut, dia pakai sandal kulit saja. (Sandal kulit yang aku beli 5 tahun lps masih dipakainya bila berjalan-jalan)

Nak beli apa ni? Kain baju kurung untuk mama aku dah beli 2 pasang before puasa. Seluar jalan-jalan aku dah beli untuk abah aku awal tahun ni. Aku rasa, ada lagi seluar yang abah aku tak pergi potong kakinya. Masih ada yang belum dia pakai.

Beli T-shirt untuk abah? Ishh klise betul. T-shirt tu hadiah yang menantu-menantu dia suka belikan. Baju melayu pun sama jugalah.

Kalau boleh, aku nak beli benda yang sama untuk mak bapak aku. Kalau boleh a pair... so nak beli apa nih!? Fikir, fikir dan aku terus fikir... atlast aku dah tahu apa yang aku nak beli untuk parent aku... perkara yang mereka akan pakai selalu dan dekat dengan diri mereka... lagipun apa yang diorg ada pun sudah buruk.

Aku belikan ini. Semoga mama & abah aku gembira menerimanya. Hadiah ini merangkap hadiah raya, birthday, dan hadiah tanda sayang aku buat mereka.

Wednesday, August 26, 2009

Mohon Maaf Setiap Kesalahan Saya

Salam,

Saya dengan rendah hati ingin memohon kemaafan buat sesiapa yang membaca blog saya dan seterusnya membuatkan mereka tersinggung.

Saya mohon maaf atas individu yang saya maksudkan dalam mana-mana post saya sekiranya anda membacanya.

Saya mohon maaf atas kekasaran saya berbahasa di dalam blog ini apabila saya marah. Ada kalanya emo saya boleh tahan juga (tlg jgn kaitkan dengan jantina ya :P)

Saya mohon kepada Allah agar memaafkan dosa saya, menjernihkan hati saya dari perangai buruk yang ada, melembutkan hati mereka yang bermusuh dengan saya dan memurnikan niat mrk.

Saya mohon keberkatan yang berpanjangan buat saya dan keluarga dan orang-orang di sekeliling saya.

"Ya Allah, jauhilah kami dari fitnah-fitnah dan niat jahat manusia dan tipu daya serta hasutan syaitan. Ameen!"

Sunday, August 23, 2009

Ole-ole Dari Sabah

Laki aku ke Sabah, meeting.

Sebelum pergi aku sudah pesan, "Yang, jgn beli any pearl kat I. I tak pakai. Jangan beli gelang, rantai, cincin. Cuma beli M&M paket terbesar yang ada kat Duty Free KLIA."

Masa dia telefon pun, aku pesan lagi.

Bila dia balik, masa keluarkan baju kotor. Dia bagi plastik beg kat aku.
"Coklat?" aku tanya.
"Tak, brooch." dia jawab.
Aku bukak. Ada 2. Hehehe.... sgt besar okey. Aku mmg tak pernah pakai brooch yang besar-besar. Selalunya brooch aku sebesar kuku aja. Favourite brooch aku adalah plastik kartun-kartun... (aku masih belum membesar utk benda-benda begini).
"Cantik." ujar aku pendek (tapi mmg cantik pun).
"Suka?" dia tanya.
"Suka. Terima kasih." kata aku.
"Esok boleh la pakai pergi kerja." dia sarankan.
GULB!
"Pergi kerja? Oh tak boleh, ini pakai masa kenduri kawin saja." aku cakap.
"Okey." kata dia.

Aku suka brooch tu, sgt suka sbb sangat cantik. Tapi seumur hidup aku tak pernah terpengaruh dengan brooch ala-ala datin ni. :P Jadi, aku akan simpan brooch ni utk event khas... dan, mungkin brooch ini boleh bertahan sampai umur aku 50 tahun (kalau hidup lagi) sbb aku akan jarang memakainya. Benda-benda begini selalunya aku akan simpan dalam laci side table. Sebelum tido, aku mmg suka selongkar laci tu dan keluarkan segala khazanah aku. Kemudian aku belek-belek dan simpan balik. Kira mcm harta karun la...

Lps tgk brooch, aku tuntut apa yang aku kirim.
"Mana M&M I?"
"I dah beli, tapi masa singgah rumah mak tadi, Safinaz ada (anak saudara laki aku). Dia pandang I, I macam tak ada apa nak bagi dia... so I bagi la M&M tu."
HUARRRRRRRGHHH
"Besar mana U beli?"
"Besar, besar sgt." tanya laki aku sambil sibuk menunjukkan saiznya.
"Waaaaaarghhhhh... Nak balik M&M tu...nak balik!"
"Nah...nah... I ganti dgn yang ni..." Dia buka satu plastik yang ada coklat lain, TAPI tetap tak sama dgn M&M!


Wednesday, August 19, 2009

Aku, Dia dan Jamal

Aku cari buku tadi... tapi aku jumpa ni.


Tiket konsert Kembara Seniman Jamal. Aku senyum sorang-sorang. Hubby aku mmg seorg yang sangat sibuk. Kalau dia sampai depan pintu pukul 9 mlm, mulut aku boleh ternganga sekejab, :P. Boleh kata tiap2 hari dia balik lambat. Tapi aku sikit pun tak kisah tapi ada kalanya aku merungut jugak. Biasa la pompuankan, merungut tu sudah jadi tabiat.

Berbalik pada konsert Jamal ni. Masa 1st years marriage, laki aku dah beli tiket konsert Jamal, tapi tiba-tiba bapak mertua aku aksiden. So kami tak pergi...

Tup..tup..tup.. Jamal buat konsert balik tahun ni tapi pada ketika laki aku sibuk gaban. Boleh kata hampir tiap malam laki aku sampai umah pukul 11.30 mlm dan ke atas. So aku mmg tak buka mulut pun walaupun dalam hati "emmm.... mamat ni tak nak ajak bini dia pi situ ka?". Aku bkn la minat gila pun kat mamat Jamal ni, cuma aku nak spend time dgn dia. Terus terang, aku nak perhatian dia. Tapi knowing aku yang ego agak melangit... aku tak akan buka mulut dulu dan minta-minta.

Tiba-tiba tengah hari dia kol... "Yang, mlm ni kita gi tgk konsert ya... I'm on the way gi ambik tiket..." Aku senyum... senyum lebar. Walaupun sempat juga buat cubaan jual mahal... "Oh...tapi I ada appointment mlm ni dgn illustrator. Nanti I check dulu."

Aku senyum bila ingatkan konsert ni sbb:
1. Hati aku suka nak cakap, "Sibuk tul laki aku ni... rasa mcm ter-neglect la."
2. Otak aku pula fikir, "Apa trick nak tarik perhatian dia ni... tapi dalam masa yg sama tak bleh nampak desperado."
3. Tapi tiap kali kepala otak dan hati aku dok reka idea-idea songsang, mesti laki aku dah take action dulu. Mungkin dia ni salah seorang anak murid Prof. Xavier, mutant X-Men yang boleh baca fikiran aku.

Conclusionnya, selain parents dan family aku, laki aku adalah perkara terbaik yang Allah berikan pada aku. Allah hantar dia tergolek-golek pada aku tanpa aku perlu susah payah melakukan sesuatu.

Ya Allah, terima kasih atas jodoh ini. Aku mahu menjadi isterinya hingga di akhirat kelak. Aku mohon Kau ambil diriku ini sebelum dirinya kerana aku tidak boleh hidup tanpanya. Amin!