Monday, May 25, 2009

Anniversary: Bahagian 1

Aku dah naik tepu berada di KL... dengan suara syahdu laki aku cakap, "Yang, nak pie Cameron tak?" apa lagi..... yabedabedu laaaa...

Sampai sana sejuk sbb hujan.... wah cuaca yg baik untuk aku & laki.. warghhh! Hampeh! ....abih tu tarak anak buat aktiviti apa lagi... makan-makan la... (Cheh! Ni ada yang dok fikir menda lain ni.)

So aku singgah di restoran favourite aku... T CAFE. Aku memang suka gila tempat ni. Tempat aku lepak masa 1st honeymoon. So korang kalo gi Cameron singgah la sana. Desert dia mmg boleh beli jiwa. Aku sajikan menu dia k...

Ini menu dia.


Ini Mango Lassi yang boleh beli jiwa.


Ini menu yang aku sudah try hampir semua.


View dari tingkap T-Cafe



Entrance masuk ke T-Cafe

** Lokasinya di: Tingkap 1, sebelum Marry Brown.

Wednesday, May 13, 2009

Andrea Hirata VS Roxana

Aku terpanggil untuk menulis tentang ini apabila aku bersembang menerusi email dengan seorang pembaca karya-karya Andrea yang tinggal di Singapura. Dia adalah warga Indonesia yang bermastautin di Singapura. Sebenarnya dia bertanyakan tentang buku Maryamah Karpov di Malaysia, jika ada. Aku katakan versi bahasa Melayunya masih belum ada di pasaran Malaysia. Yang ada hanya Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, dan Edensor.

Kemudian dia bercerita sedikit tentang gossip Andrea yang hangat di Singapura. Tentang seorang wanita yang bernama Roxana yang mendakwa dia pernah berkahwin dengan Andrea Hirata 8 tahun lalu. Tentang Andrea yang mengaku masih bujang dan sebagainya.

Bila sudah menjadi celebriti, inilah pengorbanan yang terbesar yang terpaksa dilalui tanpa rela. Hal-hal peribadi dibawa bersama polulariti(sama ada negatif atau Positif). Aku sendiri menggilai karya-karya Andrea, dan terus terang masalah peribadinya tidak menggugat minat aku terhadap karyanya. Cuma perasaan ingin tahu aku membuak2 (aku percaya bukan hanya aku) apabila mengetahui Andrea ini pernah berkahwin suatu ketika dulu.

Ini adalah gambar Roxana yang mendakwa dia pernah menjadi (atau masih?) bini Andrea. (Dan di sebelahnya itu Andrea bagi mereka yang tidak tahu)



Wanita ini mendakwa di sekelas dengan Andrea ketika zaman kanak-kanak mereka. Ini pula adalah surat nikah yang ditunjukkan oleh Roxana.




Tapi walau apa pun... aku percaya fannya Si Andrae tetap tidak berganjak dari meminati Andrea. Mereka memang sudah obses dengan Andrea (tapi aku bukan fan yg obses, obses aku hanya pada laki aku saja :P)

Apa2 pun... kalau sudah tiada jodoh mmg tak akan kemana-mana.

Komen peribadi aku, dengan populari Andrea sekarang, pastinya dia dilihat tidak setanding dgn wanita yang kelihatan sangat 'plain' itu. Itu tidak lagi dikira dgn perkara yang bersifat material yang lain.(Aku sekadar memberi komen sebagai seorang perempuan yang sentiasa mahu dilihat cantik di mata suami...)

boleh baca lebih lanjut di detikhot.com




Monday, May 11, 2009

Anniversary: Bahagian 2

Tahun ini anniversary kawin aku agak sedeh. Aku di sana, laki aku di sini. Malam anniversary aku dok kat spital jaga mak aku. Laki aku kerja sampai tgh malam. Lps keja dia gi makan kat kedai mamak sorang2. Aku memang nangis... mcm kesiannya kat laki aku.

Tapi itu semua cobaan dan kami redha. Lagipun aku dah pi celebrate awai2 kat Cameron hari tu so nak kata apa lagikan. Syukur ja la sbb boleh pie jalan-jalan dengan laki aku... honeymoon tiap-tiap bulan. So nak apa lagi kan? Syukur la sebab ada bantal guling yang boleh peluk tiap malam...

Singgah Buang Sawang....

Lama aku tak update blog ni. Aku sibuk... dgn macam2 hal. Kerja, event, suami, menulis, dan parents.

Alhamdulillah, ibu aku dah beransur sihat. Ini adalah perkara yang paling menggembirakan aku, walaupun aku baru dapat beli jeans MNG & blaus esprit yang baru... tapi perasaan aku tak segembira apabila ibu aku telefon dan bagitau dia sudah boleh sembahyang berdiri, dia sudah ada selera makan, dia sudah boleh duduk mengaji. Apa yang boleh menggantikan ibuku? Tiada!

Bulan ni byk barang yang aku belikan untuk ibu aku tapi yang musykilnya duit aku masih berbaki, aku masih boleh shopping kain baju. Aku pelik betul! Aku beli kerusi roda untuk ibu aku, beli katil, beli tilam, beli comforter, beli divan, beli alat check BP... tapi aku masih boleh shopping dgn senang hati. Tak rasa duit luak...

Mungkin itulah namanya berkat, sbb aku tak fikir 2 kali masa aku beli semua barang tu.

Jadi kat sini aku nak ucapkan, "Selamat hari ibu buat mama & selamat hari jadi buat abah!" Terima kasih atas kasih sayang sepanjang hayat!

Adik sayang mama & abah!