Wednesday, June 9, 2010

Lama

Cukup lama tidak singgah di sini. Cukup-cukup lama. Membaca sebuah entri di blog membuatkan aku terpanggil untuk menjengah di rumah yang satu ini.

Kesibukan itu sebenar cukup membunuh rasa. Membunuh rasa ingin menulis, rasa rindu pada ibu dan ayah, rasa cinta terhadap Tuhan dan kitabnya. Kesibukan aku ini melalaikan.

Entah bagaimana mahu dibahagikan masa yang ada, agar hidup di bumi Allah ini tidak tersia.

Jadi, mulai hari ini. Kerja dengan niat ibadah kepadaNya. Menulis dengan niat membahagiakan ibu dan bapa. Beramal dengan niat berjumpa denganNya di syurga.

Moga Allah tetapkan hati ini! AMEEN!

No comments: