Monday, July 6, 2009

Bermunajatlah.....

Sudah hampir 4 tahun aku menunggu....
10 Jun, aku cuba untuk kali yang kedua....
4 Julai, sudah 5 hari aku lewat....
5 Julai, tanda yang memang aku tidak pernah tunggu, datang juga....

Ya Allah...
Aku pasrah atas kehendakmu...
Aku terima apa yang telah termaktub untukku...
Aku redha setiap cubaan yang Kau turunkan buat aku...
Aku bermunajat kepada Mu, Ya Tuhanku...

Maafkanlah setiap dosaku dan suamiku....
Kau dengarlah rintihanku...
Kasihanilah diriku....
Ampunilah aku, Ya Tuhanku....

Hak memberi itu adalah hak mutlak mu, Ya Tuhanku.
Aku mohon berikanlah peluang untuk aku bergelar ibu.

"Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat). Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

AMIN, Ya Rabulalamin!
-Surah Al-Anbiya, ayat 89.

2 comments:

Anonymous said...

Pergi umrah.

ironteeth said...

Iya... ibu pun cakap menda yang sama. Insyallah.