Wednesday, July 8, 2009

Penat jerih aku...


Cantik tak cover buku ini? Ini penat jerih aku, penat jerih kawan desinger aku.

Ada kalanya orang fikir cover yang cantik akan terhasil begitu sahaja. Macam, "Nak cover cantik satu!" semudah itu? atau "tolong buatkan saya cover ini. Ceritanya pasal ini. Saya nak yang girlish dan guna vektor. Saya nak minggu depan..." Full stop. Macam itu saja.

Aku lahirkan setiap idea untuk cover aku sepenuh hati. Aku cari designer yang terbaik. Aku cari konsep terbaik. Aku buat research dari kedai buku, sampai kedai baju. Aku mahu yang tercantik! Kerana apa? Kerana ia adalah pride aku! Aku tak pernah buat kerja cincai. Aku peduli apa itu buku yang aku tulis atau buku yang orang lain tulis. Janji buku itu dipertanggungjawab pada aku. Aku buat sehabis baik.

Aku tak pernah hadap dengan pujian. Aku tau ramai yang akui cover ini cantik... tapi tak hingin nak mengaku. Kalau part nak menghentam memang nombor satu. Tapi, ada aku peduli?

Aku pernah buat cover yang lain dari yang sedia ada, jangan org nak puji, orang siap pesan kat aku, "lain kali, kalau boleh jangan buat cover begitu lagi. Buat yang biasa orang buat.." tup..tup.. 3 bulan buku tu reprint, TANPA SEBARANG PROMOSI!

Hidup la di luar kotak. Kalau tak mahu? Biarkan orang lain hidup diluar kotak. Jangan nak tunjuk pandai kalau dah tak pandai.

Buat designer aku... banyakaler, peduli apa orang nak kata. Yang penting your art work speak louder than theirs word!


2 comments:

Ney Joe said...

boh la gambaq besaq sikit. cinonet mcm ni, mcm mn nak nampak.

ironteeth said...

oh aku lupa nak credit nama designer aku... kena tambah ni!