Wednesday, August 19, 2009

Aku, Dia dan Jamal

Aku cari buku tadi... tapi aku jumpa ni.


Tiket konsert Kembara Seniman Jamal. Aku senyum sorang-sorang. Hubby aku mmg seorg yang sangat sibuk. Kalau dia sampai depan pintu pukul 9 mlm, mulut aku boleh ternganga sekejab, :P. Boleh kata tiap2 hari dia balik lambat. Tapi aku sikit pun tak kisah tapi ada kalanya aku merungut jugak. Biasa la pompuankan, merungut tu sudah jadi tabiat.

Berbalik pada konsert Jamal ni. Masa 1st years marriage, laki aku dah beli tiket konsert Jamal, tapi tiba-tiba bapak mertua aku aksiden. So kami tak pergi...

Tup..tup..tup.. Jamal buat konsert balik tahun ni tapi pada ketika laki aku sibuk gaban. Boleh kata hampir tiap malam laki aku sampai umah pukul 11.30 mlm dan ke atas. So aku mmg tak buka mulut pun walaupun dalam hati "emmm.... mamat ni tak nak ajak bini dia pi situ ka?". Aku bkn la minat gila pun kat mamat Jamal ni, cuma aku nak spend time dgn dia. Terus terang, aku nak perhatian dia. Tapi knowing aku yang ego agak melangit... aku tak akan buka mulut dulu dan minta-minta.

Tiba-tiba tengah hari dia kol... "Yang, mlm ni kita gi tgk konsert ya... I'm on the way gi ambik tiket..." Aku senyum... senyum lebar. Walaupun sempat juga buat cubaan jual mahal... "Oh...tapi I ada appointment mlm ni dgn illustrator. Nanti I check dulu."

Aku senyum bila ingatkan konsert ni sbb:
1. Hati aku suka nak cakap, "Sibuk tul laki aku ni... rasa mcm ter-neglect la."
2. Otak aku pula fikir, "Apa trick nak tarik perhatian dia ni... tapi dalam masa yg sama tak bleh nampak desperado."
3. Tapi tiap kali kepala otak dan hati aku dok reka idea-idea songsang, mesti laki aku dah take action dulu. Mungkin dia ni salah seorang anak murid Prof. Xavier, mutant X-Men yang boleh baca fikiran aku.

Conclusionnya, selain parents dan family aku, laki aku adalah perkara terbaik yang Allah berikan pada aku. Allah hantar dia tergolek-golek pada aku tanpa aku perlu susah payah melakukan sesuatu.

Ya Allah, terima kasih atas jodoh ini. Aku mahu menjadi isterinya hingga di akhirat kelak. Aku mohon Kau ambil diriku ini sebelum dirinya kerana aku tidak boleh hidup tanpanya. Amin!

No comments: