Monday, August 31, 2009

Hadiah untuk Mama & Abah...

Raya kali ni aku asyik fikir apa yang aku nak beli untuk parent aku.
Kain? Baju? Tudung? Seluar? T-shirt? Kemaja? Hand beg?
Entah la... semalam buku puasa di rumah parent aku, kakak sulung aku keluarkan hand beg dari beg baju dia.
"Ini untuk ma..."
So nampaknya hand beg cancel.

Mcmana dengan kasut?
2 minggu lps aku lpk rumah parent aku, mak aku keluarkan 2 pasang kasut. "Ini Ana belikan utk mama."
So kasut juga cancel.
Beli kasut untuk abah? Abah aku sempoi, tak suka pakai kasut, dia pakai sandal kulit saja. (Sandal kulit yang aku beli 5 tahun lps masih dipakainya bila berjalan-jalan)

Nak beli apa ni? Kain baju kurung untuk mama aku dah beli 2 pasang before puasa. Seluar jalan-jalan aku dah beli untuk abah aku awal tahun ni. Aku rasa, ada lagi seluar yang abah aku tak pergi potong kakinya. Masih ada yang belum dia pakai.

Beli T-shirt untuk abah? Ishh klise betul. T-shirt tu hadiah yang menantu-menantu dia suka belikan. Baju melayu pun sama jugalah.

Kalau boleh, aku nak beli benda yang sama untuk mak bapak aku. Kalau boleh a pair... so nak beli apa nih!? Fikir, fikir dan aku terus fikir... atlast aku dah tahu apa yang aku nak beli untuk parent aku... perkara yang mereka akan pakai selalu dan dekat dengan diri mereka... lagipun apa yang diorg ada pun sudah buruk.

Aku belikan ini. Semoga mama & abah aku gembira menerimanya. Hadiah ini merangkap hadiah raya, birthday, dan hadiah tanda sayang aku buat mereka.

2 comments:

^inas^ said...

salamun'alaik,

wahh shopping raye. syukur pd Allah sbb Dia izinkan kita ade fulus utk beli keperluan raye. jage pose masa ribut2 shopping takut nnti kurg pahala pose hehhe. ye la manusia dhoif kan.. senang terbuat salah. ;-)

saje singgah. slmt pose. salam merdeka. :-)

gigi besi ek? dulu masa skolah pakai gak ekekeke.. 3 thn pakai. ;-p

ironteeth said...

Salam Inas,

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Insyallah, saya pergi shopping kat tempat yg tak ramai org. Saya mmg tak larat nak berasak musim raya ni.

Salam Ramadan. Selamat Merdeka. Singgah la selalu