Tuesday, July 14, 2009

Aku ni siapa?

Aku konpius.

Perletakan jawatan aku org dah terima. Orang pun dah tak treat aku as ketua. Subordinat aku letak tittle lain pun dalam buku. Cuma gaji aku ja yang belum depa usik.
TAPIIIIII.... yang aku heran, kenapa kerja aku dah kalah manager sekarang ni? Kalau macam tu afsal tak bagi aku jadi manager ja.

Apa yang ada kat aku ni, setaraf dengan budak yang baru abih belajar ka?

Aku rasa tak dihargai, diperguna, dimanipulasi.

"Ya Allah, kau bukakanlah pintu rezeki aku sekeluarga seluasnya. Moga XXXX panggil aku kerja dgn depa. Amin!"

Saturday, July 11, 2009

Aku telah bunuh 1, Tinggal lagi 2!

"Nyah kau dari aku. Aku sudah tak perlukan kau lagi. Pergi balik kat taukeh Cina kau tu...."

Dah 10 tahun aku simpan dia, akhirnya aku gunting dan tamatkan riwayatnya. Dan aku serahkan pada tuannya kembali.

"So yang color gold & color biru tu... beware, aku caras kau berdua satu persatu tak lama lagi!"

"Public Bank, ambiklah balik kad ini. Sudah aku langsaikan semua hutang aku ya!"

Wednesday, July 8, 2009

Penat jerih aku...


Cantik tak cover buku ini? Ini penat jerih aku, penat jerih kawan desinger aku.

Ada kalanya orang fikir cover yang cantik akan terhasil begitu sahaja. Macam, "Nak cover cantik satu!" semudah itu? atau "tolong buatkan saya cover ini. Ceritanya pasal ini. Saya nak yang girlish dan guna vektor. Saya nak minggu depan..." Full stop. Macam itu saja.

Aku lahirkan setiap idea untuk cover aku sepenuh hati. Aku cari designer yang terbaik. Aku cari konsep terbaik. Aku buat research dari kedai buku, sampai kedai baju. Aku mahu yang tercantik! Kerana apa? Kerana ia adalah pride aku! Aku tak pernah buat kerja cincai. Aku peduli apa itu buku yang aku tulis atau buku yang orang lain tulis. Janji buku itu dipertanggungjawab pada aku. Aku buat sehabis baik.

Aku tak pernah hadap dengan pujian. Aku tau ramai yang akui cover ini cantik... tapi tak hingin nak mengaku. Kalau part nak menghentam memang nombor satu. Tapi, ada aku peduli?

Aku pernah buat cover yang lain dari yang sedia ada, jangan org nak puji, orang siap pesan kat aku, "lain kali, kalau boleh jangan buat cover begitu lagi. Buat yang biasa orang buat.." tup..tup.. 3 bulan buku tu reprint, TANPA SEBARANG PROMOSI!

Hidup la di luar kotak. Kalau tak mahu? Biarkan orang lain hidup diluar kotak. Jangan nak tunjuk pandai kalau dah tak pandai.

Buat designer aku... banyakaler, peduli apa orang nak kata. Yang penting your art work speak louder than theirs word!


Monday, July 6, 2009

Bukit Tinggi, Aku Lontarkan Kesedihanku Di Sini

AHAD - 5 Julai

Di meja makan:
"Yang, hari ni kita pergi Jakel kan?" (Jakel-yang sering disebut-sebut oleh mentua, ibu, kakak, kebanyakan pompuan lah)
"Nak beli apa?"
"Baju raya untuk mama"

Di jalan masjid India:
"Yang mana ni?"
"Entah la yang, I pun tak pernah sampai Jakel ni. Dengar orang cakap ja. Macam gah!"

Di Jakel-ground floor:
"Boleh saya bantu? Encik cari baju kawin?"
"Ishhh... aku dah 4 tahun kawin tau..."
"Keh3, biar saya dan suami pusing-pusing dulu ya."

Di Jakel-1st Floor:
"Nak beli kain tak?"
"Nak beli ka...? Nanti kalau perut besar macamana."
"Tak pa... beli la dulu. Lps bulan ni, buat la... buat baju besar2 sikit."
"Baiklah."

Di Maju Juntion:

"Yang, kita minum dulu. Kita tgk concert MJ kat Bucharest ni.."
"Oke. I pergi toilet dulu."

Dalam kereta:
"Yang...."
"Apa...?"
"Sudah turun tanda... bukan rezeki kita..." sob.. sob.. sob
"Sabar la sayang.... Tuhan belum izinkan lagi..." muka sedeh.
Sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob.. sob... sob... sob....
Sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob... sob.. sob... sob... sob....
Dunia rasa kelam seketika....

Di atas bukit:
"Kita kat mana?"
"Kita tenangkan hati di sini, ya"
"mmmm...."
"Kita usaha lagi... Pasti ada jalannya nanti."
...sob...sob...sob...sob...sob...sob...




Duhai air yang mengalir, kau bawalah jauh kesedihan ini....

Bermunajatlah.....

Sudah hampir 4 tahun aku menunggu....
10 Jun, aku cuba untuk kali yang kedua....
4 Julai, sudah 5 hari aku lewat....
5 Julai, tanda yang memang aku tidak pernah tunggu, datang juga....

Ya Allah...
Aku pasrah atas kehendakmu...
Aku terima apa yang telah termaktub untukku...
Aku redha setiap cubaan yang Kau turunkan buat aku...
Aku bermunajat kepada Mu, Ya Tuhanku...

Maafkanlah setiap dosaku dan suamiku....
Kau dengarlah rintihanku...
Kasihanilah diriku....
Ampunilah aku, Ya Tuhanku....

Hak memberi itu adalah hak mutlak mu, Ya Tuhanku.
Aku mohon berikanlah peluang untuk aku bergelar ibu.

"Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat). Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

AMIN, Ya Rabulalamin!
-Surah Al-Anbiya, ayat 89.